`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Saturday, September 12, 2026

Pemuda Umno diberi mandat usahakan himpunan mega bersama PAS

 Presiden Umno Zahid Hamidi juga mahu usaha itu dimulakan di peringkat negeri sebelum kemuncak peringkat nasional.

Presiden Umno Zahid Hamidi minta jentera Pemuda, Wanita dan Puteri parti itu supaya memberikan kerjasama bagi menjayakan suatu himpunan mega bersama PAS.
KUALA LUMPUR:
Presiden Umno Zahid Hamidi memberikan mandat kepada Pemuda parti itu untuk mengerakkan cadangan mengadakan suatu perhimpunan besar-besaran, dengan kerjasama PAS.

Zahid berkata wakil PAS ke Perhimpunan Agung Umno mencadangkan perhimpunan itu, semalam, sempena usaha kedua-dua parti untuk menjalin kerjasama politik.

Cadangan itu mendapat sambutan daripada para perwakilan Umno apabila ia disebut oleh Zahid. Katanya, himpunan itu menyasarkan penyertaan sejuta orang beragama Islam.

Zahid memberitahu Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh supaya memulakan usaha ini di peringkat negeri sebelum kemuncak peringkat nasional.

“Kerjasamalah elok-elok dengan mereka,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Zahid juga meminta jentera Pemuda, Wanita dan Puteri supaya memberikan kerjasama bagi menjayakan himpunan itu.

Semalam, Akmal berkata pihaknya bersedia menyambut seruan Pemuda PAS untuk mengadakan ‘Himpunan Mega Penyatuan Ummah’.

Akmal berkata himpunan berkenaan tidak seharusnya sekadar menghimpunkan penyokong, sebaliknya menjadi platform untuk kedua-dua pihak membincangkan isu orang muda dan masalah negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.