Polis berkata tiga individu dipanggil untuk membantu melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, berkata tiga individu dipanggil untuk membantu melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mangsa dan suspek sudah kenal satu sama lain lebih kurang setahun, dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya menurut Bernama.
Semalam, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) berusia 19 tahun itu ditemui terbaring di katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah berkenaan.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Polisas dalam kenyataan berkata, mereka akan terus memberikan perhatian, sokongan serta bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa, selain kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu proses siasatan.
JPPKK turut mengucapkan takziah kepada keluarga penuntut Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan Polisas itu. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.