`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, October 7, 2026

Kertas siasatan kematian pelajar sekolah sukan dirujuk AGC hari ini

 Dua remaja 16 tahun yang juga senior mangsa masing-masing disambung reman hingga esok dan Jumaat ini.

Muhamad Mustafah Hussin
Ketua Polis Kuala Pilah Muhamad Mustafah Hussin berkata belum ada ketetapan untuk mendakwa mana-mana suspek di mahkamah setakat ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kertas siasatan kes kematian pelajar 14 tahun di sebuah sekolah Kuala Pilah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Ketua Polis Kuala Pilah, Muhamad Mustafah Hussin, berkata belum ada ketetapan untuk mendakwa mana-mana suspek di mahkamah setakat ini dan pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada AGC.

“Kes membabitkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di sebuah sekolah di Kuala Pilah bulan lalu, setakat ini belum ada keputusan tarikh untuk menuduh suspek,” katanya menurut Berita Harian.

Menurut laporan, seorang pelajar Tingkatan Dua ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah pada 8 malam 25 Sept lalu dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, dua remaja lelaki 16 tahun yang juga senior kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek pertama disambung reman hingga esok, manakala suspek kedua disambung reman hingga Jumaat ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.