KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly yang didakwa memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibebaskan pada saat akhir selepas wang ikat jamin dibayar sebelum kaunter pendaftaran di kompleks mahkamah dekat sini ditutup pada Jumaat.
Kaunter tersebut yang kebiasaannya dibuka sehingga 4.30 petang hanya ditutup kira-kira 5.30 petang bagi membolehkan Adam membayar RM300,000 dengan isterinya, Puteri Balqis Omar sebagai penjamin.
Sebelum itu, beberapa ahli keluarga Adam dilihat membuat pengeluaran wang di mesin ATM sebelum tampil membayar wang ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.
Adam, 30, seorang ahli perniagaan dibebaskan kira-kira pukul 5.40 petang.
Sebelum itu, Adam mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan pada Jumaat.didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Februari dan 22 Februari lalu.
Sebelum itu, Adam mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan pada Jumaat.didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Februari dan 22 Februari lalu.
Pada 13 April lalu, Adam ditahan selepas keterangan beliau direkodkan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.
Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.
– Mstar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.