Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bersetuju membentuk syarikat usaha sama (JV) 50:50 bagi mengurus, mengoperasi dan menyelenggara rangkaian Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
Beliau, berkata, persetujuan itu adalah susulan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) oleh MRL dan CCCC pada 12 April lalu.
“CCCC bersetuju untuk mengambil bahagian dalam operasi dan penyelenggaraan ECRL menerusi JV 50:50 di mana syarikat China itu akan menyediakan sokongan teknikal dan berkongsi risiko operasi selepas projek siap,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.
Tun Mahathir seterusnya berkata, tindakan itu akan mengurangkan beban kewangan ke atas Malaysia, yang sebelum ini menanggung kos keseluruhan operasi dan penyelenggaraan (O&M).
“Selain itu, Malaysia juga boleh memanfaatkan kepakaran CCCC dalam O&M, sekali gus meningkatkan daya maju jangka panjang projek itu,” katanya lagi.
Apakah makna semua ini?
Tidakkah ini bermakna CCCC, sebuah syarikat dari China akan menguasai 50 peratus kepentingan dalam ECRL?
Ini bukan jual negara kepada China ke?
-https://shahbudindotcom.net
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.