`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 22, 2020

PKPB di Kuching dilanjut 5 hari hingga 27 Nov

 

PKPB di Kuching boleh dipendekkan pada bila-bila masa, jika Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mendapati dalam tempoh lanjutan itu tiada lagi keperluan menguatkuasakan perintah berkenaan.

KUCHING: Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kuching dilanjutkan 5 hari lagi sehingga 27 Nov ini, menurut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak hari ini.

Pemangku Pengerusi JPBN Sarawak, James Jemut Masing berkata, keputusan itu dibuat kerana dalam tempoh 14 hari lepas, masih ada 58 kes penularan tempatan dalam daerah itu.

“Taburan kes jangkitan ini tidak tertumpu di kawasan tertentu saja. Oleh yang demikian, setelah membuat penilaian risiko, tempoh PKPB di Kuching dilanjutkan sehingga 27 Nov ini,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini.

Katanya, jika JBPN Sarawak mendapati dalam tempoh lanjutan PKPB itu, tiada lagi keperluan untuk menguatkuasakannya, ia boleh dipendekkan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, tatacara kemasukan dan tempoh pelaksanaan kuarantin selama 14 hari apabila memasuki Sarawak juga dilanjutkan sehingga diberitahu kelak.

Katanya, pergerakan keluar masuk merentasi Kuching juga tidak dibenarkan, kecuali untuk tugas rasmi dan tujuan bekerja dengan menunjukkan surat serta pas kerja daripada ketua jabatan atau majikan, sementara bagi kes kecemasan, ia dibenarkan, tetapi perlu memohon permit daripada polis.

Masing, yang juga timbalan ketua menteri berkata, pembukaan taska dan tadika di zon merah dan kuning dibenarkan mengikut SOP Kementerian Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak.

Bagaimanapun, pengusaha taska dan tadika perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pematuhan SOP ditetapkan dan wajib memaklumkan kepada kementerian itu sebelum memulakan operasi.

Sementara itu, Masing berkata, jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan dan tidak lagi terhad kepada 3 orang saja.

Katanya, kerajaan negeri kekal dengan keputusan hanya membiayai kos kuarantin bagi rakyat Sarawak, manakala individu bukan rakyat Sarawak perlu menanggung sendiri kos itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.