`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 3, 2022

Apakah Dungu, Susah Hidup, Perpecahan, Bencana Banjir Petanda Bala Percaya Lebai Penipu?

 Sila dengar sebuah lagi lagu oleh seorang anak muda kita. (Sedikit nasihat kepada semua penyanyi Media Sosial - tolong tulis nama anda dengan jelas. Nama glamer pun takpe tetapi sila tulis nama anda.) 




Memang bencana alam menimpa semua negara atas muka bumi Allah swt. Kata pepatah Melayu 'Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan'?

Tetapi bukan semua manusia abad ke-21 yang ditimpa bencana banjir terpaksa menyelamatkan diri atas bumbung masjid yang terletak beberapa kilometer sahaja daripada bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Seorang lebai YouTube yang memang dangkal telah berkata banjir itu adalah bala sebab ramai orang terlibat maksiat. Habis masjid yang ditenggelami banjir terlibat maksiat apa? 

Baru ini tular pula gambar Whatsapp oleh seorang lagi lebai dangkal yang berkata bentuk segi tiga itu adalah alat Yahudi / Illuminati untuk sesatkan orang Islam. Lebai itu turut menuduh bentuk segi tiga bungkusan nasi lemak dan ketupat sebagai agenda tersembunyi Yahudi juga. 



Netizen lain sudah pun jawab bahawa logo LHDN Malaysia serta "cop" khataman nubuwah juga berbentuk segi tiga. LHDN itu saya tak pasti lah tetapi mustahil bahawa cop khataman nubuwah juga adalah daripada muslihat tersembunyi Yahudi? 

Tuan-Tuan bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia Islam kita melihat puak-puak lebai ini seringkali menunjuk perangai tidak berpelajaran, tidak berakal dan tidak bertamadun.  Yang berikut ini adalah beberapa suntingan video yang menunjukkan "perbincangan" melibatkan para lebai Arab, Iran dan Pakistan. Mereka sedang bahaskan isu agama. Sila perhatikan betapa biadap, kurang ajar dan tidak beradab perangai mereka.  (Jika video ini tidak muncul sila layari https://youtu.be/g8vqkzFpKYs)

               


Jadi berjaga-jagalah mendengar hujah mereka dan meletak kepercayaan kepada puak-puak sewel seperti ini.

Orang lain pernah melakukan kesilapan besar ini, seperti berikut:

Surah 9:31 Mereka menjadikan habar-habar (pendita-pendita agama) dan rahib-rahib mereka sebagai pemelihara selain Allah dan Al Masih putera Maryam, mereka tidak disuruh melainkan menyembah Tuhan yang Satu, tidak ada Allah selain Dia. Maha suci Dia dari apa yang mereka persekutukan.

Itu kisah Yahudi dan Nasrani. Jangan pula orang Islam pun ikut telunjuk pendita-pendita agama yang serupa bodoh. 

Dan awasilah lebai yang ambil duit atas nama agama:

Surah 9:34  Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari habar-habar (pendita-pendita agama) dan rahib-rahib benar-benar memakan harta manusia dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka akan azab yang pedih.

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman.  Kalau Nasrani dan Yahudi (contohnya) pernah kena tipu oleh pendita agama mereka, jangan pula orang Islam pun jadi bodoh semacam. 

Maka awasilah puak-puak lebai yang sering minta duit, minta di isi duit tabung, mereka rajin kutip derma pelbagai tabung yang banyak kali tidak sampai sasarannya (contoh balu Memali, kem pelarian Palestin, penduduk Gaza, Rohingya dsbnya). Sebaliknya mereka pula menduduki rumah besar dan mewah, menaiki kereta mewah, memakai jam tangan mewah dan mereka kumpul banyak duit dan harta. 

Dan ingatlah :



Surah 39:3  Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah ad-deen yang ikhlas. Dan orang-orang yang mengambil AULIA selain darinya (berkata): Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan kafir.

Maksudnya selain dari Allah swt, tidak ada AULIYA dikalangan mereka yang boleh "mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya".   Jika ada di antara mereka yang berani claim bahawa mereka adalah AULIYA yang boleh "mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya" ketahuilah mereka orang yang pendusta dan kafir. Dan ayat ini kena kepada semua manusia - tak kira Yahudi, Nasrani, Islam atau siapa pun.

Jangan terjadi pula Allah swt murka kepada kita kerana kita terlalu percaya puak-puak yang menipu agama atau yang mengguna agama untuk menipu manusia.

Awasilah kemurkaan Allah swt. Kita tidak boleh tahu-menahu dari mana akan datangnya balaNya nanti.  

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.