`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 6, 2022

Dalang bot karam di Johor ragut 21 nyawa dikenal pasti, kata polis

 

Seramai 21 PATI maut dalam tragedi bot pancung terbalik akibat cuaca buruk di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 15 Dis lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dalang tragedi bot karam yang mengorbankan 21 nyawa di Pantai Tanjung Balai, Johor bulan lalu sudah dikenal pasti, tetapi butirannya belum dapat didedahkan bagi mengelakkan ia mengganggu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Johor, Khaw Kok Chin berkata, tindakan susulan sedang diambil polis Johor dan Indonesia.

“Maklumat lanjut tidak boleh didedahkan supaya tangkapan berjaya dilakukan. Nanti kita akan maklum jika sudah ada tangkapan,” katanya dipetik Harian Metro dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Pada 15 Dis lalu, sebuah bot pancung yang membawa 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia terbalik akibat cuaca buruk, ketika ia dipercayai mahu mendaratkan migran terbabit di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Susulan itu, 21 PATI maut, termasuk seorang yang meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, manakala 13 terselamat dan 16 lagi masih hilang.

Sementara itu, Khaw berkata, polis Johor menahan 1,460 PATI menerusi 137 Ops Benteng sepanjang tahun lalu yang membabitkan 1,387 migran dan 73 tekong, termasuk 30 warga tempatan.

“Baki 43 tekong lagi membabitkan 40 warga Indonesia, dua orang Pakistan dan seorang warga Thailand. Sepanjang tahun lalu, polis juga merampas tiga bot pancung, 22 motokar dan masing-masing sebuah van serta motosikal.

“Sebanyak 29 kertas siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, di mana 19 orang dituduh membabitkan 38 tekong warga Indonesia.”

Mengenai banjir di Johor, Khaw berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan orang hilang akibat bencana itu, selain tiada kes kecurian membabitkan barangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita juga mengesahkan tiada balai polis di kawasan banjir dinaiki air, kecuali Galeri Darurat Bukit Kepong di Pagoh, Muar. Tetapi, tiada barangan yang rosak kerana ia dipindahkan lebih awal sebelum banjir.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.