`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 6, 2022

JAIPk siasat ‘ritual tolak banjir’

 

Tangkap layar video tular menunjukkan ‘ritual tolak banjir’ yang dipercayai dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan. (Gabar Facebook)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan berhubung video ritual menolak musibah banjir dipercayai dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan yang tular di media sosial, hari ini.

Pengarahnya, Mohd Yusop Husin berkata, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.

“JAIPk akan buka kertas siasatan. Orang ramai dinasihatkan menjauhi amalan khurafat dan masyarakat juga dimohon tidak terpengaruh (dengan perkara menjurus kepada khurafat),” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Video tular selama 25.09 minit itu memaparkan seorang pengamal perubatan tradisional bersama seorang wanita melakukan ritual dikatakan bagi menolak banjir.

Mereka menggunakan bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun, selain turut kelihatan di hadapan mereka surah Yasin dan al-Quran.

Dalam rakaman itu, lelaki terbabit mendakwa upacara berkenaan adalah petua zaman dahulu dan meminta semua tempat surut air, bukan saja di Teluk Intan, tetapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia.

Dia turut mendakwa tindakannya itu sebagai ikhtiar dan meminta orang ramai tidak salah faham kerana mereka tidak memuja laut serta sungai, sebaliknya hanya melakukan petua zaman dahulu.

Sementara itu, wanita berkenaan turut mendakwa tilikannya menunjukkan Teluk Intan akan ditenggelami banjir dan apa yang dilakukan itu bagi mengelak musibah bencana itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.