`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 4, 2022

Lebih 17% kes baharu di Sabah babit kanak-kanak belum layak divaksin, kata Masidi

 

Sekitar 70% daripada kes-kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Sejumlah 17.4% daripada 258 kes baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, membabitkan kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun.

Katanya, situasi berkenaan membuktikan bahawa ibu bapa lengkap divaksin masih berisiko menjadi pembawa virus kepada anak-anak mereka di rumah.

“Adalah diperhatikan bahawa sekitar 70% daripada kes-kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin.

“Ia memberi gambaran seolah olah ramai daripada mereka ini beranggapan mereka sudah kebal daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, beliau yang juga jurucakap harian Covid-19 Sabah, berkata jumlah kes baharu direkodkan di negeri ini, hari ini, meningkat sebanyak 97 kes kepada 258 kes, berbanding 161 kes, semalam.

Katanya, terdapat 10 daerah merekodkan kes pada kadar dua angka dengan Penampang mencatatkan kes tertinggi sebanyak 49 kes, diikuti oleh Kota Kinabalu 32 kes, Tuaran 22 kes dan Kota Marudu serta Kota Belud masing-masing mencatatkan 19 kes.

“Penampang juga mencatatkan peningkatan kes baharu tertinggi iaitu bertambah 30 kes berbanding semalam, manakala 12 daerah lagi mencatatkan kes satu angka dan lima daerah lagi tidak merekod sebarang kes baharu pada hari ini.

“Sementara itu, sejumlah 252 daripada 258 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, tiada kes dalam Kategori 3, manakala tiga kes dalam kategori 4 dan terdapat satu kes dalam Kategori 5.

“Dalam pada itu, terdapat dua kes yang masih lagi dalam penilaian pihak JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah),” katanya.

Dalam perkembangan sama, Masidi berkata, tiga lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Tuaran dan Tawau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.