`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 7, 2022

Sokongan Kadazandusun, Murut terhadap Warisan masih kukuh, kata Shafie

 

Shafie Apdal berkata Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah sudah pun berpecah sebelum ini dan sekiranya ada lagi parti baharu berasaskan KDM ditubuhkan, maka akan lebih banyak perpecahan berlaku. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, parti itu masih mempunyai sokongan kukuh daripada masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) walaupun bekas Naib Presidennya, Peter Anthony keluar parti.

Shafie berkata, beliau mengakui Peter mempunyai pengaruh besar dalam kalangan masyarakat KDM tetapi Warisan masih mempunyai ribuan penyokong daripada suku kaum berkenaan.

“(Di) Nabawan, Kota Marudu, Naib Ketua bahagian (Kota Marudu) masih bersama kita, Setiausaha Agung, sebelah Ranau dan Kota Belud.

“Ini perkara yang kita lihat, saya tidak mahu berkata mengenai ‘adik’ saya Peter kerana saya faham dia berdepan dengan masalah, kita cuma perlu faham tetapi kita perlu pastikan kerana perkara yang menyedihkan adalah perpecahan akan berlaku dalam kalangan KDM, itu yang pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan tayangan dokumentari “I AM DSSA”, di sini, hari ini.

Shafie berkata, KDM di Sabah sudah pun berpecah sebelum ini dan sekiranya ada lagi parti baharu berasaskan KDM ditubuhkan, maka akan lebih banyak perpecahan berlaku.

“Saya mahu menyatukan mereka, sebab itu sejak dari hari pertama saya mahu menjalinkan kerjasama dengan PBS, Jeffrey (Kitingan),” katanya.

Terdahulu, dokumentari “I AM DSSA” mengisahkan perjalanan politik Shafie selepas beliau meninggalkan Umno sehinggalah selepas kekalahan Warisan pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.