`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 8, 2022

16 stesen LRT laluan Kelana Jaya ditutup akibat gangguan berterusan

 

Terdahulu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan LRT antara Stesen KLCC dengan Stesen Kelana Jaya dihentikan susulan gangguan teknikal. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Sebanyak 16 stesen LRT bagi laluan Kelana Jaya akan ditutup sementara, menurut pengendali perkhidmatan sistem rel transit dan bas Rapid Rail.

“Tiada perkhidmatan tren antara Stesen KLCC hingga ke Stesen Kelana Jaya,” katanya di Twitter.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan mengenai perkara itu.

Pengumuman itu dibuat selepas perkhidmatan antara kedua-dua stesen tersebut diberhentikan sekitar 4 petang.

Katanya lagi, penumpang dinasihatkan untuk mengambil mod pengangkutan alternatif, dan maklumat lanjut mengenai bas perantara percuma akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan LRT antara Stesen KLCC dengan Stesen Kelana Jaya dihentikan susulan gangguan teknikal.

Semalam, ia mengalami masalah sistem pemanduan automatik yang menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Susulan itu, warganet membuat aduan mengenai gangguan tersebut serta kekurangan perkhidmatan bas perantara, menerusi media sosial.

Dalam kenyataan semalam, Rapid Rail berkata, isu tersebut mula dikesan pada tengah hari Sabtu dan telah diselesaikan pada awal pagi Ahad, masalah yang sama berulang selepas kerja membaik pulih.

Menurutnya, kerja pemeriksaan oleh pasukan kejuruteraan dan teknikal dibantu oleh Thales Group di Kanada dalam mengenal pasti punca masalah gangguan yang dihadapi.

FMT telah menghubungi Rapid Rail untuk mendapatkan penjelasan mengenai gangguan terkini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.