`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 30, 2022

Penganggur didakwa bunuh anak tiri

 

Tiada pengakuan direkodkan daripada C Stephen Raj, 43, selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia 11 tahun minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada C Stephen Raj, 43, selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Stephen Raj didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Taman Sri Ramal, Kajang pada 11.33 malam, 21 Nov lepas.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Jan tahun depan untuk sebutan kes, lapor Bernama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam M Manoharan.

Terdahulu dilaporkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan perkara itu dilaporkan kepada polis oleh seorang pegawai perubatan Hospital Serdang pada 12.39 tengah malam, 22 Nov lepas.

Bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan abdomen yang menyebabkan ususnya pecah.

Mangsa juga didapati mempunyai kesan lebam di bahagian punggung, dada dan lengan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.