`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, November 29, 2022

Lebih 1.3 juta pelancong lawat Sabah setakat Oktober

 

Joniston Bangkuai ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang DUN Sabah, hari ini.

KOTA KINABALU: Sabah menerima kunjungan lebih 1.3 juta pelancong sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini yang membabitkan perbelanjaan pelancongan kira-kira RM2.4 bilion, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Joniston Bangkuai.

Katanya, jumlah perbelanjaan pelancongan itu merupakan peningkatan besar iaitu sebanyak 752.9% berbanding tahun sebelum ini.

“Pecahan ini terbahagi kepada sektor pelancongan domestik yang sememangnya menjadi penyumbang terbanyak iaitu seramai 1,180,050 pelawat manakala pelancong antarabangsa direkodkan seramai 176,009 orang.

“Peningkatan yang ketara ditunjukkan bagi beberapa pasaran antarabangsa seperti Singapura, Brunei dan beberapa pasaran eropah seperti United Kingdom, Jerman, Perancis dan Belanda yang telah mencapai 43% sehingga 65% daripada paras pra pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Bajet 2023 Sabah membabitkan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Joniston yang juga ADUN Kiulu berkata, trend peningkatan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Sabah sejak pembukaan pintu sempadan April lepas adalah didorong oleh jaringan pengangkutan udara yang semakin positif dan memberangsangkan.

Ketika ini, katanya Sabah telah menerima sejumlah 354 penerbangan domestik dengan kapasiti 57,991 tempat duduk setiap minggu daripada Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Mulu.

“Manakala bagi penerbangan antarabangsa, Sabah telah dihubungkan dengan penerbangan terus daripada lima destinasi antarabangsa iaitu Singapura, Bandar Seri Begawan, Incheon, Manila dan juga Bangkok dengan jumlah keseluruhan sebanyak 47 penerbangan seminggu dan kapasiti sejumlah 8,558 tempat duduk,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.