`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 8, 2022

2 kereta tenggelam dalam banjir kilat di KL

 

Keadaan kereta Perodua Axia yang tenggelam dalam banjir kilat di jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur petang tadi.

PETALING JAYA: Dua kereta tenggelam dalam banjir kilat di Kuala Lumpur petang tadi.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di Jalan Chan Sow Lin.

“Dua kereta terperangkap dalam banjir kilat dan air naik hingga ke paras pintu kenderaan. Bagaimanapun, mangsa berjaya keluar dari kenderaan masing-masing,” katanya.

Katanya, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kemudiannya menutup jalan berkenaan.

Kenderaan yang terlibat adalah jenis Perodua Axia dan Subaru XV yang dipandu mangsa berusia 23 tahun dan 39 tahun.

Terdahulu, FMT melaporkan, beberapa kawasan di Shah Alam turut dilanda banjir selepas hujan lebat turun sejak jam 4 petang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.