`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 15, 2022

6 PPS jadi pusat undi, mangsa banjir Kelantan dipindah

 

Polis berkata langkah itu bagi mengelakkan proses mengundi terjejas dan memastikan proses PRU15 berjalan dengan baik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mangsa banjir di enam daripada lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan akan dipindahkan kerana lokasi itu akan dijadikan pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata mangsa banjir itu akan dipindahkan ke bangunan lain di lokasi sama kerana PPS dan pusat mengundi perlu diasingkan.

“Ini kerana kita tidak mahu proses mengundi terjejas dan memastikan proses PRU15 berjalan dengan baik,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pengangkutan sudah diatur untuk mangsa banjir yang mahu keluar mengundi pada Sabtu ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Dalam perkembangan lain, katanya, polis Kelantan membuka 10 kertas siasatan sepanjang 10 hari berkempen PRU15 sehingga kini, dengan tujuh lelaki berusia 30-an hingga 50-an ditahan.

Beliau berkata, kes yang dilaporkan itu termasuk khianat, fitnah, ugutan dan merusuh. dengan ada di antaranya disiasat mengikut Seksyen 147 dan 506 Kanun Keseksaan serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.