KAJANG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertolak dari kediamannya di sini menuju ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri ke-10 hari ini.
Ahli Parlimen Tambun itu memakai baju Melayu berwarna merah jambu dan lengkap bersamping keluar dari kediamannya di Sungai Long pada 9.28 pagi, dengan diiringi polis pengiring.
Turut menemani beliau di pintu sebelum meninggalkan kediaman, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika keluar dari kediamannya, Anwar sempat melambaikan tangan ke arah petugas media dan hanya memberi kata-kata ringkas “hari ini saya kerja”.
Semalam, Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.