`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 25, 2022

Anwar kena bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika upacara angkat sumpah semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Beberapa ahli akademik menyuarakan peri pentingnya Anwar Ibrahim dilihat bersikap adil dalam pembentukan Jemaah Menteri.

Mereka berkata, beliau perlu memastikan bahawa Jemaah Menteri kekal utuh untuk sekurang-kurangnya beberapa tahun. Keadilannya mungkin boleh menjadikan ia boleh dicapai, tambah mereka.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara menekankan kepentingan melaksanakan kebijaksanaan dalam pemberian portfolio.

“Keputusan Jemaah Menteri dibuat secara kolektif dan setiap parti dalam kerajaan perpaduan ini mungkin mempunyai pengaruh berbeza bergantung kepada portfolio dipegangnya,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, pengagihan jawatan dalam barisan Jemaah Menteri seharusnya mencerminkan kekuatan parti di Dewan Rakyat.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM), berkata Jemaah Menteri tidak seharusnya besar seperti sebelum ini dan harus terdiri daripada Ahli Parlimen “berprestasi dan disenangi”.

“Jika beliau membuat semua langkah yang betul, Anwar akan dilihat sebagai orang yang meningkatkan kestabilan politik negara,” katanya.

Wong Chin Huat dari Sunway University melihat satu lagi keutamaan Anwar iaitu pengasingan peranan pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara.

“Sehingga itu, moratorium harus dikenakan ke atas kes-kes yang sensitif dari segi politik,” katanya.

Wong juga berkata, Anwar harus mengiktiraf mana-mana Jemaah Menteri bayangan yang dibentuk pembangkang.

Beliau bersetuju dengan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih bahawa anggota Jemaah Menteri bayangan harus diberi akses kepada sumber dan maklumat serta gaji yang setimpal dengan kedudukan mereka.

“Beliau juga harus mengadakan pertemuan dengan semua ketua kerajaan negeri untuk menyatakan hasrat kerajaannya untuk bekerjasama dengan semua negeri tanpa membuat janji yang mungkin tidak dapat ditunaikan,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah semalam sebagai perdana menteri Malaysia ke-10. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.