`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 24, 2022

Beberapa sultan berangkat dari Istana Negara

 

Kenderaan membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat khas bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

KUALA LUMPUR: Beberapa sultan termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat khas bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Selain Sultan Ibrahim, turut kelihatan beberapa sultan lain juga berangkat selepas lebih dua jam berada dalam Istana Negara.

Sultan Ibrahim adalah yang pertama meninggalkan Istana Negara pada jam 11.57 pagi tadi.

Terdahulu, konvoi Sultan Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat khas bersama Agong dan Raja-Raja Melayu.

Kenderaan Sultan Ibrahim tiba pada 9.40 pagi tadi.

Semalam dilaporkan bahawa Sultan Abdullah dijangka meminta pendapat Majlis Raja-Raja hari ini mengenai kebuntuan yang berterusan dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan.

Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat khas hari ini selepas tiada mana-mana gabungan mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas.

Terdahulu, 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dititahkan untuk menghadap Agong semalam, susulan pertemuan baginda dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, hanya dua Ahli Parlimen hadir menghadap Agong, iaitu Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan, diiringi Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir, yang bukan Ahli Parlimen.

Agong sebelum ini mencadangkan PH dan PN bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan, tetapi cadangan ini ditolak Muhyiddin Yassin, yang menegaskan PN tidak akan bekerjasama dengan PH.

Susulan mesyuarat malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi Umno memutuskan ia akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, namun bukan yang dipimpin PN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.