`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 21, 2022

Belum ada kata putus kerjasama PH-BN, kata Wee

 

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata belum ada kata putus mengenai kerjasama BN-PH.

PETALING JAYA: Presiden MCA Wee Ka Siong berkata belum ada sebarang keputusan melibatkan kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, perbincangan bagi kerjasama antara kedua-dua parti akan diteruskan di peringkat Dewan Tertinggi BN.

“Saya tak boleh maklumkan apa-apa kerana belum ada kata putus,” katanya.

Mengenai mesyuarat antara pemimpin BN dan PH di Hotel Seri Pacific pagi tadi, Wee menjelaskan kehadirannya bagi memenuhi notis jemputan mesyuarat dengan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kehadiran pemimpin PH untuk mesyuarat itu tidak diketahuinya sama ada ia kebetulan atau tidak.

Ketika ditanya pendirian MCA mengenai kerjasama PH-BN, Wee berkata pihaknya masih melihat semua kemungkinan.

“Jadi setakat ini belum muktamad, kita akan buat keputusan bersama esok,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.