`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 18, 2022

DASAR KERETA MAHAL : KERETA GOLONGAN "RED-NECK" DI AMERIKA MAMPU DI BELI KAUM ELIT DI MALAYSIA

 Mula sekali, tak kira siapa pun membentuk kerajaan, dasar "kereta mahal" yang memiskinkan rakyat negara kita akan tetap kekal. 

Tak kira zaman BN dulu ke, zaman PH 22 bulan ke, atau kembali kerajaan BN campur Bersatu dan PAS (BN + PN) dasar "kereta mahal" ini tidak berubah.

Dan pengguna Malaysia, terutama sekali orang Melayu yang sekarang adalah kumpulan terbesar pembeli kereta di Malaysia, tidak mendesak Wakil Rakyat, Menteri dan Kerajaan untuk menghapuskan dasar  "kereta mahal" yang hanya menguntungkan kaum elit pemegang AP dan syarikat GLC oligopoli yang mengimpot kereta  serta penghisap darah BANK oligopoli yang beruntung billion Ringgit daripada beri pinjam duit beli kereta. 

Yang jadi miskin adalah rakyat biasa, rakyat marhaen di Malaysia yang terpaksa bayar dua, tiga kali harga pasaran dunia untuk membeli kereta yang sama.

Dasar "kereta mahal" ini telah dimulakan apabila Dr Mahathir mula bermimpi untuk membuat kereta nasional yang sebenarnya adalah kereta Jepun yang ditukar cap di depan kereta. 

Di Chow Kit, di Petaling Street  dsbnya apabila peniaga haram dan peniaga PATI menjual barang jenama terkenal dengan harga murah kita sebut sebagai 'barang tiruan', 'barang ciplak' dsbnya. Fake goods atau counterfeit goods. Tetapi bezanya ialah barang ciplak atau barang tiruan di Chow Kit dan Petaling Street dijual dengan harga murah. BUKAN DENGAN HARGA MAHAL.

Tetapi apabila Dr Mahathir membuat kereta nasional, daripada hari pertama kereta itu TIDAK DAPAT BERSAING HARGA (price competition) dengan kereta lain.  Kos pelaburan dan kos pembuatan kereta nasional itu terlalu tinggi berbanding harga membeli kereta impot seperti Nissan, Toyota, Ford, Renault, Honda dsbnya. Harga jualan kereta nasional terpaksa mahal  untuk cover kos pembuatan yang sangat tinggi.

Maka untuk beri nyawa kepada kereta nasional yang mahal harga itu Dr Mahathir naikkan lagi harga SEMUA JENIS kereta jenama lain melalui cukai yang tinggi, duti impot tinggi, eksais, levi, AP dan pelbagai cukai lagi (nak guna-pakai nama apa pun cukai adalah cukai) yang bertujuan menjadi "penghalang" atau 'barriers' untuk mengimpot kerta dari luar negara. Maka harga kereta di Malaysia melambung naik lagi.

Hari ini pula kita tidak lagi mempunyai syarikat kereta nasional. Syarikat kereta nasional itu sudah hampir bankrap dan akhir sekali saham syarikat terpaksa dijual kepada syarikat asing. Yang anehnya umum tidak tahu apakah harga jualan sebenarnya.  Semuanya dirahsiakan. 

Sekarang syarikat kereta nasional itu "di-control" oleh syarikat asing dari negeri Cina. CEO-nya adalah rakyat dari negeri Cina. Syarikat Cina itu mahir dalam membuat kereta yang mereka sudah teroka dan tembus pasaran dunia. 

JADI SAYA PUN TAK FAHAM KENAPA MASIH ADA CUKAI IMPOT YANG TINGGI, IMPOT DUTI YANG TINGGI, EKSAIS, LEVI, AP DSBNYA UNTUK KERETA IMPOT JENAMA LAIN YANG MASIH KEKALKAN HARGA KERETA MAHAL DALAM NEGARA KITA? 

Syarikat kereta yang satu lagi dalam negara kita dipunyai oleh syarikat Jepun.

Jadi kenapa pula dasar kereta mahal yang miskinkan pembeli kereta, yang majoriti besarnya orang Melayu, masih kekal walaupun kita tidak lagi mempunyai syarikat kereta nasional?

Selama berpuluh tahun rakyat negara terpaksa bayar dua, tiga kali atau lebih daripada  harga pasaran dunia untuk membeli kereta impot.

Contohnya kita melihat perbandingan harga bagi kereta Ford Mustang di Amerika Syarikat dan di Malaysia.

Di Amerika Syarikat (USA) Ford Mustang di jual dengan harga antara RM152,000 hingga RM175,000. (Atau US$33k - US$38k).


Gaji bagi seorang pekerja kilang di USA (California) adalah sekitar US$2,260 sebulan atau US$27,128 setahun.

As of Nov 9, 2022, the average annual pay for a Production Worker in California is $27,128 a year. Just in case you need a simple salary calculator, that works out to be approximately $13.04 an hour. This is the equivalent of $521/week or $2,260/month.

Pada awal tahun ini gaji pekerja kilang di California adalah lebih sikit:

Jadi seorang pekerja kilang yang biasa di USA mampu membeli kereta Ford Mustang berharga US$33 ribu itu dengan menabung gajinya untuk 14 bulan saja.  Atau dia akan mampu pinjam car loan untuk tiga atau lima tahun untuk membayar kereta Ford Mustang.

Di Amerika kereta Ford Mustang mampu dibeli oleh hampir semua orang termasuk golongan "red neck" atau golongan bawahan yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi (mungkin lepasan sekolah menengah sahaja).   Secara kasar, mereka serupa golongan B40. Sila lihat gambar berikut yang menunjukkan sebahagian pemilik kereta Ford Mustang.


 

Ataupun mereka juga boleh membeli Toyota Camry Hybrid (2023) dengan harga US$26,000 sahaja (RM120,000).   Untuk perbandingan, di Malaysia harga Toyota Camry 2.5V adalah RM209,800.

 
 

Tetapi sekarang kita lihat pula harga Ford Mustang yang di-impot ke Malaysia.  Harga Ford Mustang di Malaysia adalah antara RM461 ribu hingga RM565 ribu !! 

LEBIH TIGA KALI GANDA HARGA PASARAN DI AMERIKA SYARIKAT.



RM461,000 !!  Siapa yang mampu beli kereta jenis apa pun dengan harga RM461,000 atau RM565 ribu?? Tentu sekali bukan golongan B40 atau M40 pun. 

Di Amerika Syarikat pekerja kilang yang biasa dan kaum "red neck" pun mampu beli Ford Mustang. 

Dan kalau kita convert balik RM461,000 ke US Dollar ia akan menjadi (RM461,000 / RM4.62) = US$ 100,000.

Dengan harga U$100,000 pula orang Amerika boleh membeli kereta Porsche,  Mercedes GLS 580, Cadillac Escalade, Jaguar F Type, Range Rover dsbnya.

Tetapi percayalah tuan-tuan, golongan professional di Amerika Syarikat pun payah juga membeli kereta dengan harga US$100,000.

Kita cut the story short lah. Pendek kata, hanya orang Malaysia yang belajar tinggi-tinggi, yang dapat gaji lumayan atau dapat untung besar daripada perniagaan mereka yang mampu beli kereta Ford Mustang yang menjadi kegemaran kaum red-neck dan pekerja kilang di Amerika Syarikat. Bezanya orang Malaysia terpaksa bayar harga serupa wang tebusan bagi anak raja (pay a king's ransom).    

Apa kena-mengena dengan tuan-tuan yang hanya mampu beli kereta "Buatan Malaysia" ? Sebenarnya kereta Buatan Malaysia pun sudah naik harga. 

Tetapi apa kena mengena-nya dengan harga yang tersangat mahal bagi kereta impot?

Jika harga Ford Mustang menurun kepada "harga pasaran" yang lebih munasabah (contohnya RM152k hingga RM175k) maka ramai lagi pembeli di Malaysia yang akan membeli Ford Mustang.

Kereta adalah 'substitute product', maksudnya sekali kita sudah beli sebuah kereta, kemungkinannya kita tidak akan membeli kereta lain untuk bertahun-tahun lamanya. Ini bermaksud bahawa permintaan (demand) untuk kereta jenama lain yang berharga antara RM152k hingga RM175k pula akan turut menurun (Toyota ke, Ford ke, Nissan ke dsbnya). Sebab untuk harga yang serupa pembeli boleh memilih untuk membeli Ford Mustang - yang sudah jatuh harga.

Maka untuk menjaga penjualan jenama mereka, Toyota, Ford, Nissan dsbnya akan terpaksa menurunkan harga jualan mereka pula.   Dan seterusnya dan seterusnya sehingga kereta yang paling murah pun akan terpaksa menurunkan harga.  

Maka harga kereta keseluruhannya akan menurun.

Soalan : Kenapa semua pemimpin politik kerajaan BN, PH (22 bulan) dan BN/PN kekalkan dasar kereta mahal?

1. Ramai pemegang AP untuk mengimpot kereta mempunyai connection dengan ahli politik. 

2. Syarikat kepunyaan kerajaan atau GLC juga terlibat mengimpot pelbagai jenama kereta.  Jadi pemimpin politik mempunyai kepentingan yang besar dalam prestasi syarikat GLC yang mengimpot dan menjual kereta. Dari segi keuntungan syarikat GLC, pembayaran cukai, bayaran dividen kepada pemegang saham amanah dsbnya. 

Harga kereta yang mahal gila memiskinkan rakyat marhaen. Tetapi siapa peduli nasib rakyat marhaen?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.