`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 15, 2022

Gagal jadi menteri kewangan, Anwar tak layak jadi PM, kata Hadi

 

Abdul Hadi Awang berkata, Anwar Ibrahim tidak mampu menangani krisis kewangan yang menjejaskan rantau ini pada 1997 hingga 1998 sehingga memaksa Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad terpaksa mencari penyelesaian sendiri.

TANGGA BATU: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi perdana menteri kerana gagal menguruskan krisis ekonomi ketika menjadi menteri kewangan.

Katanya, Anwar tidak mampu menangani krisis kewangan yang menjejaskan rantau ini pada 1997 hingga 1998 sehingga memaksa Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad terpaksa mencari penyelesaian sendiri.

Justeru, beliau meminta pengundi tidak terpengaruh dengan langkah Pakatan Harapan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

“Dulu masa PH perintah hampir dua tahun, dia (Anwar) buat apa? Janji manifesto pun dia tak buat,”katanya selepas program santai petang bersama penduduk Tangga Batu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mengulas kenyataan Nga Kor Ming memberi amaran pentadbiran Malaysia akan menjadi seperti “negara Taliban” jika Perikatan Nasional (PN) memenangi pilihan raya umum ke-15, Hadi menyifatkan pengerusi DAP Perak itu cetek ilmu berhubung “Taliban”.

Katanya, PAS sudah terbukti mampu menjadi kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan DAP, sebaliknya perlu sedar agenda komunis parti itu lebih berbahaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.