`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 9, 2022

Khairy tokoh bagus jadi PM, tapi dalam parti salah, kata Muhyiddin

 

Muhyiddin Yassin berkata, tidak salah untuk Khairy Jamaluddin bercita-cita menjadi perdana menteri.

PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengakui bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin merupakan tokoh bagus untuk menjadi perdana menteri pada masa depan.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata, Khairy berada dalam parti yang salah.

“Saya fikir mungkin bukan satu cakap kosong. Dia seorang tokoh yang bagus.

“Dia dalam Kabinet saya antara yang saya percayai. Dia menguruskan soal Covid-19 dan sebagainya dengan baik,” katanya selepas menghadiri program sembang santai bersama masyarakat Kampung Panjang Sari, Sri Menanti dan Sri Makmur di sini.

Terdahulu, Khairy dilaporkan berkata, beliau bersedia memimpin negara dan menjadi perdana menteri.

Muhyiddin berkata, tidak salah untuk Khairy bercita-cita menjadi perdana menteri, ini termasuk dirinya atau mana-mana pemimpin yang ingin bercita-cita menerajui negara.

“Khairy ada masa depan yang baik, cuma dia dalam parti yang salah.

“Bila masanya (untuk jadi perdana menteri), mungkin (Khairy) perlu ambil alih Umno jadi presiden dan kena dapat kerusi banyak bentuk kerajaan. Waktu sekarang boleh cakap sajalah.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.