`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 8, 2022

Lambat isytihar harta sebab jadual padat, kata Anwar

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim telah membuat pengisytiharan harta seperti disyaratkan partinya untuk bertanding.

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah membuat pengisytiharan harta sebagai syarat ditetapkan partinya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH itu berkata, kelewatan berbuat demikian adalah kerana jadualnya padat.

“Sudah, sudah, selesai sudah, cuma tempoh hari saya belum tandatangan, saya belum pulang ke Kuala Lumpur. Selesai dah tiada masalah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan sebahagian besar daripada 72 calon PKR telah menyiarkan pengisytiharan aset mereka Isnin lalu, selepas Timbalan Presidennya Rafizi Ramli berbuat demikian.

Rafizi dipercayai antara calon terawal yang mengisytiharkan harta.

Bagaimanapun, pernyataan pengisytiharan harta oleh Anwar masih belum dikemaskini sebagai calon yang bertanding pada PRU15. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.