(NOTA : Saya telah menulis artikel berikut pada 7hb Mac 2020. Lebih dua tahun dahulu. Jadi kadar pertukaran duit Amerika US$ vs Ringgit Malaysia adalah mengikut harga pada Mac 2020)
Tulisan ini berkenaan harga kereta dan purchasing power rakyat Malaysia berbanding dengan purchasing power penduduk negara lain, termasuk rakyat negara maju.
Conclusionnya : Kita sebenarnya sudah mampu menampong standard of living atau taraf hidup yang jauh lebih selesa daripada apa yang ada sekarang ini.
Tetapi PREDATORY CAPITALISM (KAPITALISMA CARA LANUN) YANG MENJADI ASAS DASAR EKONOMI BARU memiskinkan kita dan menjadikan rakyat kita hidup susah.
Bahagian 1
Conclusionnya : Kita sebenarnya sudah mampu menampong standard of living atau taraf hidup yang jauh lebih selesa daripada apa yang ada sekarang ini.
Tetapi PREDATORY CAPITALISM (KAPITALISMA CARA LANUN) YANG MENJADI ASAS DASAR EKONOMI BARU memiskinkan kita dan menjadikan rakyat kita hidup susah.
Bahagian 1
Yang berikut ini adalah peta dunia. Yang di bawahnya pula adalah carta vehicle ownership statistics (vehicles per 1000 population) di serata dunia.
Bukan semua manusia atas muka bumi Allah ini mampu bayar RM60,000 atau RM150,000 atau RM200,000 untuk membeli kereta, SUV, MPV dsbnya.
Tetapi negara kita Malaysia pula menduduki tangga no. 39 - which is not bad.
Negara kita mempunyai lebih 13 JUTA kenderaan yang berdafter (tidak termasuk motosikal). Maksudnya terdapat satu kenderaan bagi setiap 2.4 orang penduduk di Malaysia. Ini adalah satu pencapaian yang besar yang menunjukkan bahawa kita memang antara ekonomi yang maju di dunia.
Walaupun menduduki no. 39 "per capita motor vehicle ownership" dalam dunia, 38 negara lain yang mendahului kita majoritinya negara Eropah dan negara maju. Maksudnya boleh tahan juga lah kedudukan Malaysia.
Perkara yang lebih penting bagi tuan-tuan faham ialah senarai "per capita motor vehicle ownership" di atas mencerminkan purchasing power atau mampu-beli dan pendapatan bulanan pembeli kereta di semua negara dunia itu.
Bukan semua penduduk dunia mempunyai pendapatan bulanan yang cukup untuk membeli kereta atau kenderaan berharga RM60,000, RM150,000 atau RM200,000.
- keadaan ekonomi dan negara mesti stabil
- ekonomi dan penduduk sesebuah negara itu mesti productive
- penduduk negara itu perlu mempunyai tahap pendidikan yang baik
- dan mempunyai kepakaran atau marketable skills
- Penduduk negara itu sudah mempunyai peluang pekerjaan dan perniagaan
- yang boleh menjana gaji, pendapatan bulanan, keuntungan perniagaan dsbnya
- untuk membolehkan penduduk negara itu mampu membeli kereta, SUV, MPV
Ikut ertikata lain kemampuan rakyat untuk membeli dan mempunyai kereta dan kenderaan bermotor mencerminkan kejayaan ekonomi negara itu juga. In other words, vehicle ownership can be a gauge or a measure of how successful is a country.
Apabila penduduk dunia di negara mana pun (Malaysia, USA, Europe, Japan, Brazil, South Korea etc) boleh mampu belanjakan atau mampu membayar RM60,000 atau RM150,000 atau RM200,000 untuk membeli sebuah kereta ianya bermaksud bahawa mereka semua sudah mencapai earning capacity atau tahap pendapatan yang lebih kurang sama.
Samada di Jepun, Malaysia atau Eropah jika anda mampu beli sebuah kereta yang berharga RM150,000 maksudnya anda sudah mempunyai pendapatan atau earning capacity yang sama. Anda mempunyai financial capacity yang sama.
Samada di Malaysia, USA, Europe, Japan, Brazil, South Korea etc jika anda mampu membayar RM150,000 untuk beli kereta maksudnya anda telah ke sekolah, tahu membaca dan menulis, anda mempunyai kepakaran dan marketable skills, anda mempunyai pekerjaan dan net resultnya anda mendapat gaji bulanan atau pendapatan bulanan yang mampu membayar RM150,000 untuk membeli kereta itu.
Membayar harga yang sama ia itu RM150,000 atau RM60,000 di Malaysia, USA, Eropah etc mencerminkan earning capacity tuan-tuan yang lebih kurang sama. Anda sudah mencapai tahap purchasing power dan kejayaan ekonomi yang sama dengan Eropah, Jepun atau Amerika.
Anda sudah boleh berdiri sama tinggi dengan purchasing power negara lain di dunia. Anda punyai pendapatan taraf dunia.
Bahagian 2
TETAPI DI MALAYSIA KITA SEMUA DITIPU OLEH DASAR KAPITALISMA LANUN (PREDATORY CAPITALISM) YANG MEMISKINKAN KITA.
Ok setakat ini saya hanya sebut jumlah wang yang mampu dibayar untuk membeli kereta di Malaysia, Jepun, Amerika, Eropah dsbnya.
Saya hanya sebut jumlah wang RM60,000 atau RM150,000 atau RM200,000. Financial capacity atau mampu-beli.
Saya hanya focus kemampuan kewangan tuan-tuan atau your financial capacity untuk membayar harga RM60,000 atau RM150,000 atau RM200,000 untuk membeli sebuah kereta.
Saya belum sebut jenama dan jenis kereta.
Saya tidak sebut jika jumlah wang ini (RM60,000 atau RM150,000 atau RM200,000) untuk membeli kereta Proton, Mazda, Mercedes, Toyota atau apa jenis kereta pun.
Sekarang kita lihat harga beberapa model kereta Ford, Porsche, Toyota dan Honda Accord yang saya telah buat pencarian di Google.
Gambar berikut ini adalah Ford F150 model tahun 2019 di Amerika Syarikat. Ford F150 dengan saiz enjin 3.5 liter ini adalah pickup truck yang paling laris di Amerika Syarikat. Ia merupakan sebuah pickup truck yang luxurious atau mewah. Harganya di USA adalah US$65,000 atau RM273,000 duit Malaysia.
Ford F150 tahun 2019 harganya US$65,000 (California) - RM273,000
Maksudnya jika anda adalah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai financial capacity membayar harga RM273,000 untuk membeli sebuah kereta, anda sudah boleh meiliki Ford F150 ini. Tetapi hanya jika anda duduk di Amerika.
Yang berikut pula adalah Ford F150 XLT juga di USA, tetapi dengan lower specifications, ia itu saiz enjin lebih 'kecil' hanya 2.7 liter. Harga jualannya adalah US$31,000 atau RM130,000 duit Malaysia. Tetapi hanya jika anda duduk di Amerika.
Ford F-150 XLT harganya RM130,000
So, jika anda mempunyai financial capacity atau mampu-beli untuk membayar RM130,000 anda boleh membeli Ford F-150 XLT ini. Tetapi hanya jika anda duduk di Amerika.
Sekarang kita lihat harga Ford F150 yang sebenarnya yang dijual di Malaysia. Walaupun bukan exactly same model tapi termasuk dalam siri Ford F150 juga dengan enjin yang sama saiz ia itu 3.5 liter.
Tuan-tuan Ford F 150 ini dijual di Malaysia dengan harga RM788,000 !!
Hampir TIGA kali ganda harga RM273,000 di Amerika Syarikat.
Sebenarnya jika anda sudah mampu bayar RM270,000 ia bermaksud bahawa anda sudah pun mempunyai purchasing power dan earnings capacity yang sama dengan orang Amerika untuk membeli kereta Ford F150 ini.
Maksudnya tuan-tuan yang telah habis belajar di sekolah dan universiti, tuan-tuan yang tahu membaca dan menulis, setiap hari tuan-tuan bangun pagi dan pergi bekerja atau berniaga, bertugas daripada jam 9 pagi hingga 5 petang, mempunyai pekerjaan atau perniagaan, mendapat gaji atau revenue sebenarnya tuan-tuan sudah mempunyai purchasing power yang cukup untuk membeli Ford F150 mengikut harga pasaran dunia.
Dalam hal harga yang perlu dibayar, purchasing power tuan-tuan untuk membelanjakan duit adalah serupa dengan purchasing power orang Amerika, Eropah dan Jepun.
Tetapi sedihnya di Malaysia pula harga kereta yang sama adalah antara RM500,000 dan RM710,000 seperti berikut :
Dan yang berikut pula adalah kereta muscle car Ford Mustang yang sekarang makin popular di Malaysia. Di Amerika Syarikat harga kereta ini adalah sekitar US$36,000 atau RM151,000 duit Malaysia.
Ford Mustang 2019 US$36,000 (RM151k)
Tetapi di Malaysia pula kereta Ford Mustang ini dijual pada harga antara RM461,000 hingga RM565,000 - atau hampir EMPAT kali ganda harga di USA.
Mari kita bandingkan harga kereta Honda Accord pula.
Honda Accord bermula daripada harga RM 100,000 di USA.
Di Malaysia Honda Accord 1.5 berharga hampir RM200,000.
Di Amerika Syarikat kereta Toyota Camry bermula dengan harga RM102,000.
Di Malaysia harga Toyota Camry 2.5 adalah sekitar RM200,000.
Apakah kesimpulannya daripada perbandingan harga kereta dan kuasa mampu-beli atau purchasing power antara tuan-tuan di Malaysia dan Amerika Syarikat (contohnya)? Maksudnya ialah :
- Jika anda mampu membeli Toyota Camry atau Honda Accord di Malaysia maka anda sudah mampu membeli Ford F150 yang sangat mewah itu.
- Kalau Tuan-Tuan mampu membayar harga Honda Accord sepatutnya tuan-tuan sudah boleh beli Porsche Cayman.
- Jika tuan-tuan mampu membayar harga Toyota Camry sepatutnya tuan-tuan sudah boleh beli Ford Mustang.
Di Amerika Syarikat atau Eropah jenis kereta ini semua dibeli oleh orang biasa, tidak semesti oleh golongan kaya sahaja.
Tetapi di Malaysia pula oleh kerana Dasar Ekonomi Baru meletakkan cukai yang tinggi dan syaratkan AP yang akibatkan harga kereta naik dua hingga empat kali ganda harga pasaran dunia maka Tuan-Tuan yang kaya pun hanya mampu beli kereta golongan bawahan di negeri lain.
Even the rich people here can afford cars that are bought by the poor people in other countries.
Tetapi di Malaysia pula oleh kerana Dasar Ekonomi Baru meletakkan cukai yang tinggi dan syaratkan AP yang akibatkan harga kereta naik dua hingga empat kali ganda harga pasaran dunia maka Tuan-Tuan yang kaya pun hanya mampu beli kereta golongan bawahan di negeri lain.
Even the rich people here can afford cars that are bought by the poor people in other countries.
Dr Mahathir kata kita kena berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain.
Itu semua pembohongan politik saja.
Oleh sebab KAPITALISMA LANUN atau PREDATORY CAPITALISM DASAR EKONOMI BARU, akibatnya ialah apabila tuan-tuan berdiri pun tuan-tuan masih lebih rendah daripada orang biasa di Amerika Syarikat.
Tuan-tuan mungkin rasa seronok dengan membeli Toyota Camry dan Honda Accord tetapi fahamlah dengan same financial capacity atau keupayaan kewangan yang sama orang lain di negara lain boleh beli Mercedes, Jaguar dan kereta yang lagi mewah.
Pendek kata, you are being cheated.
Negara lain pun ada hospital yang lebih baik dan lebih canggih daripada hospital kita dan ianya juga adalah free atau percuma.
Negara lain pun ada sekolah yang lebih baik dan jauh lebih canggih daripada sekolah kita. Pun free juga.
Tetapi cukai impot kereta dan harga kereta di negara mereka ikut harga pasaran dunia juga.
Bagi sesiapa yang DNA terencat yang rasa bahawa its ok to pay FOUR times world market price for cars, saya cadangkan macam ini saja alah.
Harga Teh Tarik di kedai mamak sekarang RM1.50 satu gelas. Saya cadangkan tuan-tuan yang terencat DNA ini bayar sajalah RM4.50 bagi satu gelas teh tarik. TIGA KALI GANDA.
Tell the mamak, duit lebih RM3.00 itu dia kena serah kepada Kerajaan untuk buat hospital dan sekolah. It is the same concept.
Kalau tuan-tuan sudi bayar TIGA ATAU EMPAT KALI ganda harga pasaran dunia untuk membeli kereta, jadi bayar sajalah TIGA KALI GANDA harga pasaran untuk minum satu gelas teh tarik di kedai mamak. (Boleh nampak bodoh tak?)
Di sinilah Dr Mahathir pun tak faham bisnes, ekonomi dan kewangan.
Tujuan Dasar Ekonomi Baru ke, Wawasan 2020 ke, Wawasan 2090 ke, Wawasan Somewhere Over The Rainbow ke semuanya adalah untuk menaikkan taraf hidup rakyat negara. To improve our standard of living.
Dr Mahathir pernah menangis bila dia kata dia ingin melihat bangsanya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain dalam negara dan dunia. Saya ingin sahkan bahawa Dr Mahathir membohong.
Soalannya macam mana pula bangsa kita (Melayu, Cina, Dayak, Dusun, India etc) boleh berdiri sama tinggi atau duduk sama rendah bila dasar kerajaan memiskinkan kita?
Macam mana pula bangsa Melayu (contohnya) boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan dunia bila mereka kena bayar DUA, TIGA atau EMPAT kali ganda harga pasaran dunia untuk membeli kereta?
Dan begitu juga harga beras, harga untuk membeli ubat, membayar untuk vaksin COVID dan banyak lagi yang BUKAN IKUT HARGA PASARAN DUNIA.
HARGA KERETA DAN BARANG LAIN ADALAH SANGAT MAHAL SEBAB MONOPOLI, OLIGOPOLI, SISTEM AP, CUKAI IMPOT YANG TINGGI GILA, LESEN IMPOT DSBNYA YANG DIPEGANG OLEH KRONI DAN SYARIKAT GLC.
BALIK KEPADA HARGA KERETA - MAKSUDNYA KAPITALIS DUNIA, KAPITALIS YAHUDI WALL STREET YANG HOOK NOSED (IKUT DR MAHATHIR), KAPITALIS ZIONIS ISRAEL, BEKAS PENJAJAH BRITISH YANG MENGUASAI EKONOMI DUNIA - MEREKA SEMUA SUDI DAN SEDIA MENJUAL KERETA KEPADA KITA DENGAN HARGA JAUH LEBIH MURAH.
Mereka mahu jual Ford Mustang kepada kita dengan harga RM264,000.
Mereka mahu jual Toyota Camry 2.5 kepada kita dengan harga RM102,000.
Tetapi dasar KAPITALIS LANUN Dr Mahathir dan DEB melipat-gandakan harga kereta, menaikkan harga beras, menaikkan harga tepung, menaikkan harga ubat dan banyak lagi barang keperluan menjadi dua, tiga atau empat kali ganda daripada harga pasaran dunia.
Jadi tuan-tuan, di sini ianya sangat penting bagi tuan-tuan memikirkan soalan - Siapakah yang sebenarnya menghisap darah tuan-tuan?
It is not the Jews. Sebab the hook nosed Jews, the still colonial British, the bullying Americans etc want to sell us high quality but affordable cars.
Tetapi Dr Mahathir dan DEB is forcing you to pay two, three and four times the world market prices for all cars.
Kapitalis Wall Street dan Yahudi pun kalah.
Soalannya sampai berapa puluh tahun lagi tuan-tuan sudi diperbodohkan macam ini?
WA AKHIRUL KALAM : Saya haraplah kerajaan baru yang sudah meletakkan pengurangan KOS SARA HIDUP sebagai prioriti Nombor 1 akan menghapuskan segala AP, permit, lesen, cukai impot yang tinggi gila, duti, eksais dan apa jenis cukai pun yang mengakibatkan harga kereta dalam negara kita menjadi dua, tiga atau empat kali ganda harga kereta yang serupa di pasaran dunia.
We do not want cheap cars. We do not want low quality cars.
We just want normal everyday cars like the Toyotas, Hondas, Proton, Daihatsu, Mercedes, Renault, Ford etc etc BUT at the normal world market prices.
Apa susah sangat?
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.