`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 16, 2022

PERBANDINGAN CALON 3 : KENAPA KITA PERLU MENGUNDI CALON GERAK INDEPENDENT TAWFIK TUN DR ISMAIL, SITI KASSIM, DR KJ JOHN

 Jika hanya satu calon sahaja daripada TIGA calon Gerak Independent ini menang kerusi Parlimen mereka, sekurang-kurangnya dua perkara besar akan berlaku:

1. pergerakan Gerak Independent akan berkembang lagi dan hidup dengan sendiri. Untuk makluman pembaca, pada awal tahun ini saya dijemput oleh Tawfik Tun Ismail dan Dr KJ John untuk menyertai GI tetapi saya kena lagi muscle injury dan kemudian pada bulan Jun pula saya menjalani coronary bypass surgery. (Sekarang Alhamdulillah sudah sembuh dan saya kembali morning walks, exercise bike, cuci kereta sendiri dsbnya. Cuma belum lagi balik ke gym.) 

Tetapi jika Tawfik Tun Ismail (Parlimen Bagan Datuk), Siti Kasim (Parlimen Batu) dan Dr KJ John (Parlimen Petaling Jaya) menang kerusi Parlimen mereka percayalah Gerak Independent akan hidup dengan sendiri dan akan menjadi satu gerakan politik yang utuh dan berpengaruh dalam masa terdekat.  Dan ia bakal menarik golongan professional yang mahu menyumbangkan tenaga dan usaha dalam arena politik negara tanpa perlu kepada parti-parti politik yang sedia ada.

2. Parti politik lain akan terbeliak mata. Terutama sekali parti yang pernah pegang kuasa. Mereka akan terpaksa berhenti lama juga untuk memikirkan apakah sebabnya tiga individu yang bersendirian boleh mewujudkan satu gerakan politik bebas yang masih mampu menangi pilihanraya. Maksudnya gagasan, visi dan mesej calon Gerak Bebas ini mempunyai tarikan yang kuat kepada pengundi dan rakyat. Pengundi boleh rasa ada connection antara keperluan hidup mereka dan perjuangan Gerak Bebas. Oleh itu parti politik besar pun akan terpaksa mengubah atau menyesuaikan  dasar mereka sekali. 

Maka inilah sebab utama kenapa TIGA calon Gerak Bebas ini mesti menang di Parlimen Bagan Datuk, Batu dan Petaling Jaya.  Mereka boleh mencetuskan perubahan yang besar dalam politik negara.

Sekarang sedikit latarbelakang tiga calon Gerak Bebas ini: 


1.  TAWFIK TUN DR ISMAIL, CALON PARLIMEN BAGAN DATUK



 

Mohamed Tawfik adalah seorang peguam dan anak kepada Allahyarham Tun Dr Ismail bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada zaman Tun Abdul Razak. Tawfik juga bekas Ahli Parlimen Sg Benut (sekarang Simpang Renggam).

Perjuangan Tawfik sangat simple : ANTI RASUAH.

Setiap kali saya berjumpa Tawfik topik perbincangan-nya serupa - RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA.

Percayalah Tuan-Tuan, jika saudara Tawfik masuk Parlimen sekali lagi, mewakili Parlimen Bagan Datuk, maka banyak kanser dan virus rasuah dalam negara kita  akan terhapus.  Kalau Tawfik ditakdirkan menjadi Menteri Dalam Negeri, maka Kluster Mahkamah akan terpaksa dihantar ke Pulau Banduan di tengah lautan - sebab tidak ada cukup penjara untuk geng-geng perasuah yang begitu ramai dalam politik negara kita.

Inilah mesej yang saya sangat harapkan daripada pengundi Bagan Datuk. Ini bukan saja kes Tawfik lawan Zahid. Sebenarnya ini adalah kes seorang individu, secara persendirian, dengan tidak mempunyai sumber kewangan atau penyokong yang ramai, berani bertempur gergasi dalam gelanggang  perasuah untuk menyelamatkan negara dan masyarakat kita.  Itulah kehebatan Tawfik Tun Dr Ismail. Saya harap pengundi Bagan Datuk akan setujui pandangan saya ini. Undi tuan-tuan  pengundi Bagan Datuk sangat  besar kesannya bagi masa depan negara kita.

 

2. PUAN SITI KASIM, CALON P115 BATU 

Yang seorang lagi calon bebas Gerak Independent adalah Siti Kasim, calon Parlimen Batu di Kuala Lumpur.  Siti Kasim adalah seorang peguam yang dikenali ramai sebagai aktivis yang memperjuangkan kaum minoriti, Orang Asli dan pelbagai golongan tertindas.  


 


 

Saya sudah sekian lama kenali Puan Siti Kasim. Siti yang saya kenali cukup pantang bila sesiapa pun kena buli. Perjuangan Siti Kasim adalah ANTI-BULI. Dan sebagai peguam perjuangan Siti adalah mengikut undang-undang. The Rule of Law atau Keluhuran Undang-Undang. 

Saya yakin jika Siti Kasim menjadi Ahli Parlimen pelbagai jin, jembalang, hantu dan syaitan akan melompat terjun daripada bangunan Parlimen dan lari menyelamatkan diri dalam hutan. Sebab Siti memang lantang berbahasa dan tidak takut hantu atau syaitan. 

 

3.  Dr KJ JOHN - CALON PARLIMEN PETALING JAYA P105

Calon bebas ketiga daripada Gerak Independent adalah Dr KJ John, seorang pesara dan bekas pegawai PTD.  Bekas Civil Servant atau Penjawat Awam.

 




Daripada perbualan saya dengan Dr KJ John beliau selalu sangat berbangga dengan Perkhidmatan Awam negara kita (our Civil Service).  Ayah Dr KJ John pun dulu adalah seorang Penjawat Awam.  Dr KJ John berkelulusan Masters dan Phd daripada university di Amerika Syarikat.

Dr KJ John juga khuatiri keadaan politik negara kita yang berada dalam tangan orang yang tidak berintegriti, perasuah dan yang suka kipaskan perkauman, agama dan perkara bodoh yang lain.   

Maka beliau  rasa terpanggil untuk membuat sesuatu untuk membantu negara dan masyarakat kita. Serupa dengan Tawfik dan Siti Kassim.

Kepada pengundi di tiga kawasan Parlimen berkenaan ia itu Bagan Datuk, Batu dan Petaling Jaya, saudara-saudari harus sedar bahawa parti politik besar sudah meletakkan berpuluhan dan beratusan calon mereka di semua kawasan. Mereka akan tetap kaya dan pemimpin parti mereka semua akan tatap menjadi jutawan dan millionaire. Dan mereka tidak akan luput atau hilang daripada mukabumi ini jika tiga calon bebas Gerak Independent ini menang TIGA kerusi Parlimen saja. 

Tetapi perkara yang lebih besar kesannya ialah jika TIGA calon bebas Gerak Independent ini menang kerusi Parlimen, ia akan memberi satu warning atau amaran sebesar letupan gunung berapi bahawa jika parti politik tidak tahu menjaga hak rakyat dan terlibat rasuah, menipu dan kebodohan-kebodohan yang lain then we can kick you out. Kami pengundi akan tendang kamu keluar.

Itulah yang harus kita buat sebagai pengundi.  Kuasa mutlak berada dalam tangan rakyat.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari pengundi di Bagan Datuk, Batu dan Petaling Jaya - saya ucapkan selamat mengundi. Fikirkan-lah baik-baik. Undilah calon yang akan membawa kebaikan kepada kita semua.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.