`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 12, 2022

Saya bangga gelaran ‘Bapa PKP’, Muhyiddin bidas Anwar

 

Muhyiddin Yassin dalam program santai anak muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram.

BATU PAHAT: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata beliau bangga dengan gelaran ‘Bapa PKP (perintah kawalan pergerakan)’ oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakannya melaksanakan PKP ketika negara dilanda Covid-19 telah menyelamatkan banyak nyawa.

“Anwar Ibrahim kata saya ‘bapa PKP’. Saya bangga. Dia tidak sedar kalau hari itu (semasa Covid-19), saya tidak buat PKP, berapa banyak sudah jangkit dan mati,” katanya ketika berucap dalam program santai anak muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram.

Muhyiddin mengulas kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan beliau “bapa PKP” dan gagal menguruskan Covid-19 sehingga kira-kira 36,000 rakyat terkorban.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata sebanyak empat juta rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 tetapi 99% daripadanya selamat dan sihat.

“Saya ingat Anwar pergi sekolah tinggi di Universiti Malaya (UM) dengan saya tetapi dia kata 36,000 itu yang paling besar di dunia.

“Di Amerika Syarikat (AS), 1.6 juta mati sebab Covid-19. Bagaimana dia boleh kata 36,000 adalah tinggi (daripada itu),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata mengenai saranan Anwar supaya beliau mengisytiharkan harta telah dilakukan sebelum ini dan menyatakan tindakan itu ketika PRU15 sebagai gimik politik.

“Saya sudah ada pengalaman. Dah hantar pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Saya dah disiasat.

“Kalau saya jadi perdana menteri, saya wajib isytihar. Sekarang tidak perlu lagi. Yang penting kita bersih dan terbukti ‘track record’ PN bersih,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.