`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 15, 2023

Penjenamaan semula Keluarga Malaysia telan belanja RM62 juta, Dewan Rakyat diberitahu

 

Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia ketika beliau menjadi perdana menteri dengan memfokuskan kepada keterangkuman.

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Ismail Sabri Yaakob membelanjakan RM62 juta dalam penjenamaan semula kerajaan “Keluarga Malaysia”, Dewan Rakyat diberitahu.

Secara keseluruhannya, pentadbiran semasa dan dua kerajaan terdahulu membelanjakan RM62,764,107 untuk melaksanakan penjenamaan semula setakat 30 Jan, dedah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Armizan Ali.

Pentadbiran “Kerajaan Prihatin” pimpinan Muhyiddin Yassin membelanjakan RM181,752 untuk penjenamaan semula manakala pentadbiran Anwar Ibrahim membelanjakan RM489,216 untuk penjenamaan semula “Malaysia Madani”.

“Jumlah perbelanjaan adalah berdasarkan program jelajah yang dilaksanakan semasa pentadbiran perdana menteri ke-8 hingga kini,” kata Armizan menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading), yang ingin tahu berapa banyak diperuntukkan untuk penjenamaan semula dua kerajaan semasa dan lalu.

Beliau juga berkata, hanya satu program dilaksanakan kerajaan Muhyiddin memandangkan Malaysia bawah perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Anwar melancarkan slogan “Malaysia Madani”, bertujuan untuk membawa negara ke hadapan, bulan lalu.

Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Ismail memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia pada Oktober 2021 yang merangkumi keterangkuman. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.