`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 15, 2023

Perang mulut Shahidan, Rayer hangatkan Dewan Rakyat

 

Shahidan Kassim dan RSN Rayer diberi amaran akan dihalau keluar dewan, jika terus bertelagah ketika sesi perbahasan.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh akibat perang mulut antara Shahidan Kassim (PN-Arau) dan RSN Rayer (PH-Jelutong).

Shahidan tiba-tiba bangun mencelah perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong oleh Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) dengan mendakwa DAP menyokong rasuah.

Berang dengan tuduhan itu, Rayer bangkit mendesak Shahidan menarik balik kenyataannya kerana ia tuduhan liar terhadap DAP.

“Arau tidak mematuhi peraturan apabila membuat kenyataan liar bahawa DAP sokong rasuah. Kenapa Arau tiba-tiba bangun buat kenyataan DAP sokong rasuah?

“Bukankah sudah diberi nasihat supaya tak dibuat kenyataan menyinggung peraturan Dewan. Saya minta Arau tarik balik,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Noor kemudian mengarahkan Shahidan menarik balik perkataan itu.

Akur dengan arahan itu, Shahidan menarik balik tuduhannya.

“Dulu dia (Jelutong) kata tentang 1MDB, sekarang diam.

“Baik, saya tarik perkataan itu (DAP sokong rasuah) tapi saya sebut DAP sokong 1MDB,” katanya.

Rayer yang tidak berpuas hati menggesa Shahidan menarik balik kenyataan itu sambil menegaskan DAP tidak pernah menyokong skandal tersebut.

Melihat keadaan semakin tidak terkawal, Ramli mengarahkan Rayer dan Shahidan duduk, selain memberi amaran akan menghalau mereka keluar Dewan jika terus bertelagah.

“Sekarang saya buat keputusan, saya sudah minta Arau tarik balik dan saya sudah nyatakan benda ini tak sepatutnya berlaku.

“Saya sudah nyatakan kepada Arau dan Arau sudah tarik balik. Jadi selesai, apa lagi nak bertelingkah?” katanya sambil meminta Nordin meneruskan perbahasan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.