`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 28, 2013

3 ANGKAT SUMPAH, PERLANTIKAN AHLI MAJLIS BAHARU MBSA


Tiga muka baru telah dilantik sebagai ahli majlis,  Majlis Bandaraya Shah Alam bagi sesi2012/2013.  Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis,  Majis Bandaraya Shah Alam bagi sesi initelah diadakan pada siang tadi bertempat di Dewan Perbandaran,  Wisma MBSA.
Dato’ Mazalan Md Noor,  Datuk Bandar Shah Alam dalam ucapannya telah menyerukepada Ahli-ahli Majlis yang dilantik ini supaya dapat mengalas amanah dantanggungjawab ini dengan sebaik mungkin kerana tugas ahli majis sememangnya amatberat dan mencabar memandangkan ekspektasi masyarakat terhadap fungsi danperanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada masakini amat tinggi.
 
Justeru itu,  beliau meminta Ahli-ahli Majlis,  MBSA supaya sentiasa mendekatkan diridengan masyarakat setempat melalui penganjuran aktiviti dan juga progamkemasyarakatan supaya hubungan silaturahim bersama masyarakat setempat dapatdipertingkatkan dan pada masa yang sama dapat memahami permasalahan dan aduansetempat untuk dibawa ke peringkat MBSA atau agensi berkaitan untuk diselesaikan.
 Tiga muka baru yang dilantik sebagai ahli majlis pada sesi kali ini adalah Anizan Bt Othman, Fariz Bin Abdullah dan Raidu a/l Venaraman. 


Penglibatan yang jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh oleh ahli majlis sebagai pembuat dasar policy makers dan penasihat kepada PBT perlu ada pada setiap ahli majlis supaya kekesanan peranan ahli majlis dapat dilihat serta dapat menyumbangkan kepada pembangunan PBT dan yang penting sehaluan dengan kemahuan dan inspirasi Pakatan Rakyat, sekalong tahniah dari omakkau!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.