`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 12, 2013

Awakening ditunda, Macam-macam penafian... Boleh percaya ke?


Pelancaran rasmi buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia' telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pempolitikan dalam laporan media baru-baru ini, kata Prof James UH Chin.

James, yang menyunting buku itu bersama dengan rakan penganalisis politik Prof Bridget Welsh berkata kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan pada 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan.

"Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai "Buku Pak Lah". Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

James dan Welsh berkata sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada "bahagian sensasi buku", terutamanya temubual yang mereka jalankan dengan Abdullah.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya.

"Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional," kata kenyataan itu.

James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian.

Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik.

"Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka, sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana membenarkan wawancara eksklusif walaupun mengetahui buku itu akan mengandungi pandangan kritikal mengenai dirinya.
Apa perlu pembangang nak buat buku pasal Pak Lah? Apa nawaitu mereka?

Sementara itu, Pak Lah dan Khairy masih berdiam. 

Calun jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam, pula yang memberi statement. Katanya Lah telah diperguna.  Baca SINI
SMS Lokman yang tersebar dalah berikut:
Kepada teman2 yang mendapat mesej berantai berhubung Pak Lah menjemput Izzah melancarkan bukunya, disini ada sedikit penjelasan. Harap disebarkan :
 
1) Buku tersebut bukan buku yang Pak Lah tulis
 
2) Ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.
 
3) Memang Pak Lah subject penulis, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah
 
4) Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbitMohon dipanjangkan.

Terima kasih.
Lokman Noor bin Adam
Exco Pemuda UMNO Msia

Persoalannya apa locus standi Lokman untuk menjadi jurucakap bagi pihak Pak Lah dan Khairy? Kenapa Pak Lah dan Khairy sendiri tidak terlibat?

Bila Kalimullah nak nafikan dirinya tidak terlibat?
Ini pun tak nafi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.