`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 28, 2013

Bapa Rayu Anak Kembali, Hilang Sejak 16 Ogos Lalu !!

  • 'Dia tak pernah hubungi kami'Zaharuddin menunjukkan gambar Nur Hidayah yang menghilangkan diri sejak dua minggu lalu.
 1 / 1 
KUALA LIPIS - Seorang bapa merayu agar anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga setelah dia menghilangkan diri sejak 16 Ogos lalu.

Zaharuddin Mat Zain, 45, dari Padang Tengku berharap anaknya, Nur Hidayah, 18, pulang ke pangkuan keluarga berikutan terlalu rindu dengan anak sulungnya itu, selain gadis terbabit juga perlu mendaftar tingkatan enam.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca anaknya keluar dari rumah kerana tiada sebarang perselisihan faham berlaku.

“Saya dan keluarga tidak pernah bergaduh dengan dia (Nur Hidayah). Hubungan dengan enam adiknya juga baik.

“Disebabkan itu, saya bingung setiap kali memikirkan mengenai tindakannya itu,” katanya, di sini, semalam.

Zaharuddin berkata, pada pagi 16 Ogos lalu, Nur Hidayah memaklumkan kepada keluarga untuk ke bandar Lipis bagi membuat gambar dan beberapa urusan berkaitan pendaftaran tingkatan enam.

Namun katanya, Nur Hidayah tidak pulang pada hari berkenaan dan hanya menghantar mesej dengan menggunakan nombor tidak dikenali yang menyatakan dia tidur di rumah kawan di Lipis.

“Sejak menghilangkan diri, dia tidak pernah menghubungi kami. Kami cuba menghubunginya, tetapi tidak dapat.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya termasuk membuat laporan polis kerana kami khuatir dengan keselamatannya, ditambah pula ibunya sering sakit akibat terlalu merinduinya,” katanya.

Zaharuddin amat berharap sesiapa pernah terlihat Nur Hidayah agar menghubunginya secepat mungkin di talian 013-9956426. - SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.