`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 16, 2013

Dengar kata MASHA UNIVERSITY akan ambik alih kuliah perubatan di KUIN K.Ketil...

MENABUR ANGIN MENUAI BADAI II

hingga hari ini tiada kenyataan resmi dari mulut MB sendiri mengenai status Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan (KMHS) di KUIN. Mungkin belum sampai saat yang tepat untuk beliau mengumumkan keputusan itu kepada media massa.

Kelmarin, beberapa MAHSA secara resmi mengadakan pertemuan dengan kakitangan KMHS . Iku hadir dalam pertemuan itu ialah beberapa pelajar dan ibu bapa mereka.


antara perkara yang disampaikan ialah:

1. MAHSA akan mengambil alih KMHS.
2. semua pelajar akan terus pengajian seperti yang dirancangkan.
3. yuran pengajian tidak berubah
4. tempat pengajian tidak berubah
5. Kurrikulum pengajian akan disesuaikan dengan falsafah pendidikan MAHSA
6. Pengambilan staff INSAN Medic bergantung kepada keadaan.

perkara 5 diatas member implikasi bahawa keunikan program perubatan di KUIN akan hilang. subjek yang berkaitan dengan agama sebagai sabjek tambahan kepada sabjek asas perubatan akan dikurangkan bagi mempastikan pelajar lebih tumpu kepada sabjek asas sama seperti university lain. 

jika selama ini KUIN boleh berbangga dengan kursus perubatan yang unik dengan memasukkan ilmu islam bagi memperkasakan doctor yang dilatih kepada nilai islam, maka dengan perubatan ini tiada lagi keistimewaan kepada kursus yang ditawarkan oleh KUIN berbanding dengan university lain.

perkara 6: 

temuduga ringkas telah dilaksanakan bagi mengenalpasti staff yang diambil bekerja dengan MAHSA. ramai yang tidak diterima bekerja kerana tiada keperluan (itulah alasan yang diberikan). kepada mereka yang ditawarkan jawatan di MAHSA tahniah walaupun gaji yang ditawarkan lebih rendah). anda masih lebih bernasib baik berbanding dengan mereka yang menganggor selepas ini.

Tambahan

Pihak MAHSA mengakui bahawa imej KUIN telah tercemar dengan apa yang berlaku selama ini. Bukti nya ialah pelajar perubatan yang telah ditemuduga dan ditawarkan tempat telah menolak tawaran. Adakah ini berkaitan dengan pencemaran imej atau kerana hilangnya keunikan program di KUIN tidaklah dapat dipastikan. Mungkin juga alasan ini menjadi modal dalam tawar menawar antara MAHSA dengan kerajaan negeri nanti.

Ucapan Selamat

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjuang untuk menutup kuliah perubatan di KUIN. Walau pun tidak berjaya sepenuhnya, sekurang kurangnya KUIN tidak boleh lagi mengaku graduan perubatan ini sebagai anak mereka. KMHS sudah jadi hak orang lain.

Banyak jugalah wang kerajaan yang boleh diselamatkan oleh KUIN. Bolehlah digunakan untuk meraikan kemenangan ini secara besar besaran. Bolehlah adakah jamuan untuk ribuan rakyat Kedah yang memang pun kelaparan makan percuma. Bolehlah sewa bas puluhan biji untuk mengangkut rakyat dari ceruk rantau yang tak pernah merasa naik bas free. Elok juga jemput artis tersohor dalam dan luar negeri. Agak lama juga rakyat kedah rasa tertekan dan gelisah kerana tiada yang menghiburkan dibumi ini.

TAMBAHAN :

YDPA telah murka terhadap mukhriz. Baginda memberi tempoh kepada mukhriz sehingga bulan 12 ini untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda KUIN, jika mukhriz tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, baginda akan menggunakan kuasa veto yang ada untuk mengarahkan semua pelajar dan staf KUIN dipindahkan semula ke kuala ketil. YDPA akan memantau perjalanan pentadbiran KUIN dan kerajaan kedah bagi memastikan nasib pelajar dan KUIN khususnya kampus kuala ketil terbela...

p/s: jangan pernah berhenti bermunajat dan beruzlah kepada Allah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.