`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 9, 2013

Di antara Islam dan ke-Islam-an

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRZFZVMRqV8auSv0rCrF575NCkcICo6ubwiGuTKpRI4A9ulz3MQdA
Stevie Chan, TMI
Pada tahun 1882 seorang cendekiawan Islam negeri Mesir yang bernama Muhammad Abduh dibuang negeri selama enam tahun oleh pentadbiran penjajah Britan. Beliau bertumpang di Lubnan selama lima tahun diikuti setahun di kotaraya Paris.
Kalau bukan sebab dibuang negeri, dizaman itu memang tidak ramai yang berperluang pergi melancong menaiki kapal laut yang besar besar. Pasal itu bila Muhammad Abduh pulang ke Lubnan dari Paris, ramai peminat-peminat beliau sibuk tanya dia pasal Eropah.
Muhammad Abduh pun jawab, “saya pergi ke Barat dan nampak Islam merata, tetapi tiada muslim; saya pulang ke Timur dan nampak muslim merata, tetapi tiada Islam.”
Apa yang saya akan tulis berikutnya mungkin bersifat sensitif kepada para cendekiawan Islam tanahair seperti ahli-ahli puluhan NGO seumpama PERKASA, PEKIDA, dan sebagainya; tidak lupa juga guru-guru dan idola-idola agama yang hebat seperti Azhar Idrus, Fathul Bari, Nasrudin Hassan, Dr. Maza, dan lain-lain.
Sebab itu saya ingin meminta maaf terdahulu jika apa-apa yang saya tulis disini menyinggung perasaan mereka atau pengikut-pengikut mereka.
Oh, dan  juga MCMC, PDRM, JAKIM, dan sebagainya.
Perasaan saya begini: selagi saya masih seorang rakyat Malaysia yang berkongsi nasib dan masa depan bersama semua rakyat jelata, saya rasa rencana ini wajib saya tulis.
Baru-baru ini saya dan isteri saya telah pergi ke negeri Denmark, sebuah negara berfalsafakan social-demokratik, atau suatu demokrasi yang bersifat socialis.
Walaupun juga sebuah negara monarki berpelembagaan dengan raja permaisuri sebagai ketua negara dan gereja-gereja Kristian, Denmark, pada pendapat saya adalah sebuah negara yang amat Islamik, atau sekurang-kurangnya jauh lebih Islamik daripada Malaysia.
Biar saya bagi sedikit contoh.
Kaum Minoriti dan Imigran Denmark: Musim sejuk di Denmark amat menyeksakan, mungkin sebab itu ia bukan destinasi utama bagi imigran-imigran. Tetapi sistem kebajikan dan polisi imigresen yang sangat pemurah telah menarik ramai ‘asylum seekers’ dari negara-negara muslim kurang aman seperti Syria, Iran, Iraq, Morocco, Pakistan, dan lain-lain.
Pada masa ini bilangan warga muslim di Denmark tidak melebihi 3% daripada jumlah penduduk seluruh negara. Ia satu minoriti yang amat kecil.
Warga muslim di Denmark mepunyai kebebasan membina masjid-masjid, surausurau, dan sekolah-sekolah agama sendiri yang berbahasa pengataraankan bahasa ibunda masing-masing. Ini satu hak mutlak.
Anak-anak imigran yang masih berada di negara asal juga diberi sokongan kewangan seperti warga negara Denmark yang lain.
Masa saya berada di Denmark, satu issue yang tengah rancak dibahaskan diseleruh negara itu adalah samada hanya makanan halal sahaja patut dibekalkan kepada murid-murid dan kakitangan di tadika.
Walaupun belum selesai pembahasan itu, adalah penting kita mengetahui faktafakta ini:
1. Denmark adalah negara pemakan daging babi per capita yang paling besar didunia. Dari sarapan ke makan malam ada saja daging babi. Itu satu gaya hidup yang sudah beratusan tahun.
2. Warga muslim hanya 3% daripada jumlah penduduk negara itu. Malaysia: Penganut agama Kristian di Malaysia adalah lebih-kurang 10% daripada jumlah penduduk,  dibandingkan 3% warga muslim di Denmark, mereka merupakan satu blok miniriti yang agak besar.
Tetapi warga Kristian di Malaysia sudah lama dinafikan pembinaan gereja baru, gereja-gereja yang kita lihat sekarang kebanyakan (kalau bukan semua) adalah yang dibina dalam zaman penjajahan. Kebanyakan warga Kristian di Malaysia berjemaah di tingkat atas rumah-rumah kedai. Bukan mereka tak mampu nakbina gereja, mereka mampu, tetapi diberi perbagai masalaah ‘tape merah’ kerajaan.
Cerita pasal kuil-kuil Hindu yang dirobohkan tanpa setitik hormat dan belas kasihan sudah muak kita dengar.
Ramai warga asing yang mengahwini warga Malaysia tidak diberi kewarganegaraan walaupon sudah berdekad menubuhkan keluarga disini.
Ke-tidak-pastian sebegini menyebabkan ramai yang tak mampu berancangan panjang untuk keluarga mereka dengan elok.
Baru-baru ini ada cerita tentang murid-murid bukan muslim di Malaysia yang disuruh makan didalam bilik salinan di bulan ramadan; ada juga cerita pasal seorang murid bukan islam yang dipukul cikgu di negeri Sabah sebab murid tersebut membawa makan tengahari yang mengandungi daging babi kesekolah.
Banyak lagi contoh-contoh jauh lebih buruk yang saya boleh tampilkan mengenai cara kita “mistreat” kaum minority dan imigran di Malaysia, tapi cukup lah.
Biar kita tanya soalan ini: dari segi kaum minoriti dan imigran di Denmark dan Malaysia, siapa yang lebih bertimbang rasa, lebih berperikemanusiaan, atau lebih Islamik nilainya?
Alam Sekitar, Idolisasi, dan Rasuah
Deanmark: suata pagi saya dan isteri saya menaiki satu daripada puluhan bot lancongan di kotaraya Copenhagen, melalui rangkaian air dan jambatan yang cukup mengkagumkan. Tapi apa yang benar-benar mengkagumkan adalah kebersihan pengairan di Denmark, dalam masa satu jam kami berlancong diatas air, kami hanya nampak satu bag plastic di dalam air canal yang jernih. Satu jam, satu bag, air jernih.
Seminggu kemudian kami pergi ke sebuah perlabuhan besar yang sibuk, air disana sama juga jernihnya.  Bayangkanlah, air jernih di perlabuhan!
Dalam masa dua minggu di Denmark, kami telah memandu dalam kereta di bandaraya utama dan menengah,  suburbia, kampong-kampong dan kawasan gudang perlabuhan.
Selain daripada mengangguh diri kami dari A ke B dan menikmati permandangan yang indah, saya dan isteri saya berazam mencari lubang atas jalanraya di sepanjang 800km yang kami lingkumi.
Lubang dan ‘manhole cover’ yang tidak serata permukaan jalanraya. Akhirnya, sepanjang 800km, tiada satu pun yang kami jumpa. Di kawasan gudang perlabuhan dimana lori-lori besar berkeliaran pun kami tak jumpa.
Saya tidak akan cerita pasal penghutanan dan binatang liar dalam rencana ini sebab bab itu terlalu panjang.
Tapi ada satu lagi benda yang tidak kami jumpa disepanjang jalanan atau dimana-mana pun di negara yang aneh ini: iklan billboard barang-barang komersial mahupun ahli politik.
Malaysia: saya percaya para pembaca pasti boleh buat perbandingan bagi bab ini tanpa saya bercerita panjang lebar, kecuali mungkin ada yang fikir keadaan buruk jalanraya kita adalah kerana teknologi pembinaan kita ketinggalan zaman.
Tapi ia bukan, ia disebabkan rasuah yang berleluasa. Di Denmark, hampir semua dokumen-dokumen kerajaan adalah terbuka kepada rakyatnya; di Malaysia hampir semua dokumen-dokumen kerajaan telah dijadikan rahsia pemerintah.
Eloklah kita tanya soalan ini: di antara Denmark dan Malaysia, siapakah yang menjaga alam sekitar yang dikurniakan tuhan dengan lebih sempurna, lebih penuh hormat dan sayang? Siapa lebih Islamik? Di antara Denmark dan Malaysia, siapa yang lebih gemar memuja barang-barang komersial, siapa yang lebih gemar memuja idola-idola politik? Siapa yang lebih Islamik nilainya?
Jenayah dan Hukuman
Denmark: walaupun saya tidak ada data-data yang sah ditangan, secara am negara ini saya rasa sangat selamat. Budak-budak kecil menaiki bas seorangan; bayi diparkir diluar kedai sementara ibunya membeli-belah adalah perkara yang amat biasa.
Walaupon kes-kes pencurian (property crime) ada didengari dan dilapurkan, tapi jenis yang ganas (seperti rampasan) hampir tiada.
Mengapa begitu? Sebab mereka tidak perlu melakukan jenayah ganas tahap itu.
Contohnya bila seorang warga Denmark kehilangan kerja, kerajaan akan membayar dia lebih kurang RM8,000 sebulan bagi jangkamasa tidak melebihi dua tahun. Dalam dua tahan tersebut orang berkenaan perlu mencari kerja baru, atau pulang ke institusi pelajaran untul mengaji bidang lain yang lebih sesuai.
Pengajian sebegini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Biasanya jenayah-jenayah di Denmark adalah yang kecil-kecilan, atau jenis misdemeanor (kacau).
Tempoh penjara bagi jenayah-jenayah sebegitu (jika dipenjarakan) biasanya sangat pendek, antara seminggu ke enam bulan.
Yang paling pelik adalah penjara untuk jenayah sebegitu ada penjara terbuka, penghuni boleh keluar masuk sesuka hati (tapi yang tidak pulang akan dibawa balik oleh polis).
Sebabnya begini: masyarakat Denmark percaya bahawa maknusia tidak buat jenayah jika bukan dipaksa keadaan semasa, atau mereka mengalami kekeliruan sementara. Sistem keadilan mereka bukan untuk menghukum seseorang tetapi mengubah sikap atau keadaan mereka supaya mereka tidak mengulagi jenayah.
Sukacita saya dimaklumkan bahawa Denmark mempunyai rekod “jenayahulang” yang paling rendah didunia.
Malaysia: perlukah saya buat pembandingkan untuk bab ini?
Mungkin ada diantara kita akan berkata, “oh, cukai pendapatan di Denmark tinggi, mereka mampu membiayai semua itu.”
Adakah kita sebuah negara yang miskin? Atau kekayaan kita disalahgunakan?
Saya tanya seorang pemilik kedai kopi di Copenhagen apa perasaan beliau tentang membayar kadar cukai yang tinggi untuk mendapat sebuah masyarakat yang aman dan adil. Jawapan beliau, “bahu yang lebih besar pikul beban yang lebih berat.”
Bukankah itu nilai Islam, wahai pembaca yang dihormati?
Ada baiknya jika saya mendedahkan satu “rahsia” warga pelik negara Denmark ini: tidak ramai yang pergi ke gereja. Malahan banyak gereja-gereja sudah dijual dan dijadikan kedai-kedai ataupun perpustakaan.
Saya rasa ini tidak ada apa-apa perkaitan dengan agama,  tapi hanya nilai kemanusian atau humanism.
Kita diMalaysia amat taksub bergaduh pasal makzab, hukum, anjing, babi, sehingga kita lupa apa nilai asas agama-agama yang kita cintai.
Walaupun zaman sekarang sudah jadi perkara biasa kita melancong menaiki kapalterbang yang besar-besar ke tempat yang jauh-jauh, dan tiada sesiapa pun yang tanya saya pasal Denmark, saya tetap nak kata:
Saya pergi ke Denmark dan nampak Islam merata, tetapi tiada Melayu; saya pulang ke tanahair dan nampak Melayu merata, tetapi tiada Islam.
Denmark menghayati nilai Islam tanpa mengetahui Islam. Melayu mengetahui  Islam tapi gagal menghayati nilai-nilai asas Islam yang murni dan indah.
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri, saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf, zahir dan batin.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(P/S: saya mengambil tanggungjawab penuh untuk rencana ini, ibubapa saya tidak tahu pasal tulisan saya mahupun pendapat saya atau agama saya (yang saya telah rahsiakan).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.