`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 17, 2013

Jalan Macalister Gempar Lagi, Selepas Tragedi Runtuhan Penebat Kilat Dari Menara Umno

Forklif
Forklif terperosok di dalam longkang setelah laluan masjid berkenaan mendap
Kerja-kerja membaiki longkang masjid dipercayai menjadi punca jalan berkenaan runtuh.
Kerja-kerja membaiki longkang masjid dipercayai menjadi punca jalan berkenaan runtuh
Jalan Macalister yang digemparkan dengan tragedi runtuhan rod penebat kilat dari Menara Umno, Jun lalu kembali menjadi tumpuan semalam.

Ia gara-gara jalan masuk ke Masjid Pakistan yang terletak di hadapan menara itu runtuh, menyebabkan sebuah forklif yang sedang melalui jalan berkenaan terperosok ke dalam longkang masjid berkenaan.

Forklif berkenaan yang pada mulanya berada di dalam kawasan masjid melalui laluan itu untuk keluar ke jalan besar bagi mengangkut konkrit, namun jalan itu tiba-tiba mendap dan menyebabkan ia terperosok ke dalam longkang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.