`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 27, 2013

Kilafairy tak pakai seluar cetus cemuhan masyarakat

Pelakon dan juga anak bongsu kepada penyanyi Rohana Jalil, Kilafairy yang kini dihambat kontroversi ekoran daripada video kononnya dia tidak memakai seluar yang dimuat naik di laman Istagram memberitahu isu tersebut tidak menjejaskan karier dan perniagaan fesyennya yang baru sahaja bermula.

"Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging' yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar," katanya kepada Malaysian Digest.

Aktres yang tekenal dengan imej seksi dan mendapat jolokan Angelina Jolie Malaysia ini turut meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dan terganggu dengan video tersebut selain sudah memadamkan video tersebut dari akaun Instagramnya.

Kontroversi tersebut tercetus pada bulan Ramadan lalu apabila Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan pelakon berusia 21 tahun itu memakai baju sambil menunjukkan pelbagai gaya. Video tersebut menjadi isu apabila pakaian yang dipakainya itu menampakkan paha dan kelihatan seperti tidak memakai seluar.
Kilafairy juga bercadang mahu menggunakan khidmat model untuk koleksi jenamanya, Rack pada masa akan datang agar isu yang memberi pengajaran buat dirinya ini tidak berulang.

"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja." - tupai

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.