`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 28, 2013

Murid Bukan Islam Mula Tinggalkan Sekolah Kebangsaan Sri Pristana


Lebih Ramai Murid Bukan Islam Tinggalkan SK Seri Pristana Kerana Intimidasi


Gambar fail yang mencetuskan kontroversi apabila murid bukan Islam SK Sri Pristana dikatakan diarahkan makan dalam tandas pada bulan puasa.

[TMI] Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan.

Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul.

Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.

Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.

“Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara,” ksysnys.

Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.

Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu.

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.

Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.

Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut. – 27 Ogos, 2013.


P/s: Tahniah kepada pihak-pihak yang menjadikan sekolah kebangsaan hanya untuk Melayu. Takziah kepada orang bukan Melayu yang menyokong sekolah kebangsaan tetapi diduga dengan macam-macam dugaan di sekolah kebangsaan.


Berkaitan:

Ibu bapa dakwa polis bohong isu siasat pelajar

[MK] Sekumpulan ibu bapa pelajar SK Seri Pristana menafikan dakwaan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang bahawa anggota pasukan itu tidak menyoal pelajar berhubung penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah tersebut. 

Seorang eksekutif pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Raj, 39, mendakwa anak perempuannya yang berusia sembilan tahun telah disoal oleh pegawai polis sebanyak dua kali semasa berada di kawasan sekolah antara bulan Julai dan Ogos. 

"Dia (anak perempuan Raj) begitu takut selepas disoal siasat oleh polis dan menangis tidak mahu pergi ke sekolah lagi. 

"Ketua Polis Daerah ini telah membuat satu pembohongan besar," kata Raj dalam sidang media bersama sembilan lagi ibu bapa pelajar SK Pristana. 

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa. 

Selain itu, beliau berkata lagi, sembilan ibu bapa lain juga mengadu bahawa anak mereka telah "diganggu" oleh pihak polis.

"Bagaimana mereka (polis) boleh bercakap dengan anak-anak kita tanpa kehadiran kita?," soal Raj.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.