`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 6, 2013

TERKINI ! PENGAKUAN NAMEWEE MULUT CELUPAR - SUDAH TAK TAHAN LAGI !

Portal pro-pembangkang The Malaysian Insider telah menyiarkan laporan kenyataan rapper mulut celupar, Namewee. Di antaranya :
Bagi penyanyi rap yang tidak pernah sepi dengan kontroversi, kata-kata akhir yang diluahkan Namewee (gambar) adalah, “saya dah penat”. 

 “Saya dah tak tahan lagi. seterusnya
1. MiM percaya ramai yang gembira dan bertepuk tangan apabila Namewee mulut tempayan celupar ini sudah penat dan tidak tahan lagi.

2. Jika sudah penat dan tidak tahan lagi, kita mahu rapper mulut celupar itu tukar profesyen dan tidak lagi menerbitkan video-video yang memperbodohkan intelek rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina di negara ini.

3. Dengan cara itu, beliau tidak lagi berdepan dengan penghakiman rakyat yang sangat benci dengan provokasi bodoh dan melulu rapper tersebut.

4. Selain daripada isu The New Village dan Alvivi porno, rapper Namewee telah menabur fitnah tentang isu SK Seri Pristana kononnya guru besar telah menyuruh murid-murid sekolah makan di tandas padahal bilik itu adalah bilik persalinan yang bersih.


MiM sarankan guru besar Seri Pristana saman Namewee ni!


4. Dalam masa yang lain, MiM musykhil dengan media pro-pembangkang The Malaysian Insidert yang dilihat tidak adil di dalam laporannya.

5. Mereka hanya melaporkan Utusan Malaysia dan Perkasa sahaja padahal banyak pihak lagi yang bangkit mengutuk kebiadapan rapper itu.

6. Nazri Aziz yang satu ketika dulu memberi layanan istimewa dan mempertahankan mutu celupar itu juga telah perbetulkan anggapan beliau terhadap budak itu. Beliau mengutuk keras dan membidas rapper tersebut sebagai bodoh, budak hingusan dan tidak tahu sejarah.

7. Walau bagaiman pun, kenyataan Nazri Aziz itu mendatangkan pelbagai anggapan seperti mahu tarik undi menjelang pemilihan UMNO ini dan sebagainya.

8. Apa pun, jangan dilayan lagi budak Namewee mulut kurang ajar ini.


Anda baca juga artikel siri 1 ini : KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.