KUANTAN - Seorang warga emas terselamat selepas berjaya melarikan diri apabila enjin kereta dipandunya berasap sebelum terbakar, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, Kapten (B) Ahmad Abdullah, 67, dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Bukit Pelindung dengan memandu kereta jenis Perdana V6 Exclusive.
Menurutnya, kereta terpakai dibelinya enam bulan lalu itu pernah rosak dipercayai berpunca daripada bateri.

“Saya baru sahaja ambil kereta ini dari bengkel di Jalan Wong Ah Jang kerana dikatakan mengalami masalah bateri. Namun sebaik tiba di kawasan rumah, saya lihat asap keluar daripada bahagian enjin sebelum terbakar,” katanya ketika ditemui di sini.
Ahmad berkata, sebaik melihat api makin marak, dia menjerit meminta tolong dan jirannya menghubungi bomba dan penyelamat.
Ahmad berkata, sebaik melihat api makin marak, dia menjerit meminta tolong dan jirannya menghubungi bomba dan penyelamat.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun sedih dengan kejadian itu.
Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi, Nazaruddin Malek berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.56 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian bersama 11 anggota.
Menurutnya, api berjaya dikawal dalam masa kurang 10 minit.
“Jumlah kerugian dianggarkan RM23,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- SH
“Jumlah kerugian dianggarkan RM23,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- SH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.