`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 19, 2014

PRK TELUK INTAN .. PREMIS SEKOLAH DI SALAH GUNA HANYA NAK PERJUANGKAN CALON GERAKAN.


Sebelum ini bukan main lagi Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan agar premis sekolah tiak diizinkan sama sekali untuk dijadikan medan berpolitik.

Tapi kerana bersungguh-sungguh dan bermati-matian nak kasi calon sanjungan yang dijulang habis dari Gerakan di PRK Parlimen 076 Teluk Intan, maka Sekolah Kebangsaan Kpg Selabak, Teluk Intan akan dijadikan pentas untuk beberapa pemimpin UMNO menyampaikan ceramah perdananya.

Antara pemimpin UMNO yang akan menyampaikan ceramah demi mempertahankan Ketuanan Melayu di Teluk Intan ialah Ahmad Maslan, Alwi Ahmad dan Ketua Dewan Ulama Muda UMNO Sedunia Ust Fathul Bari.

Nampaknya UMNO cukup "konsisten dan tegas" dalam mempertahankan Ketuanan Melayu .... UMNO adalah parti yang tidak akan "menjual maruah dan mengadaikan" Hak Melayu walaupun sesaat dan seinci pun.

Contoh terbaik di PRK Parlimen 076 Teluk Intan .. UMNO sebagai taiko komponen Barisan Nasional telah mengumumkan calonnya ialah seorang anak muda "Melayu" jati Mah Siew Keong berbanding dengan DAP parti cauvanis Cina yang masih menamakan calon veteran bangsa "Cina" bernama Dyana Sofya Mohd Daud.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.