`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 22, 2014

Saya Tidak Akan Mohon Maaf Sebab Umno Memang Celaka..

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya "pemimpin Umno celaka" sebab memang umno celaka.

Rayer berkata kenyataan itu dikeluarkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri merujuk kepada pemimpin-pemimpin umno, oleh itu ia harus diselesaikan dalam DUN.


"Setiap orang Adun (anggota dewan undangan negeri) mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan DUN (dewan undangan negeri), jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenapa harus saya mohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya.

Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno.

Sementara itu Lim Guan Eng mendakwa pemuda umno bersikap biadap apabila memasuki dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan tindakan sewajarnya dikenakan.

Mat Sabu minta agar Ketua Polis Pulau Pinang letak jawatan serta merta kerana gagal mengawal kemarahan kumpulan yang memasuki Dewan Undangan negeri Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah meminta laporan daripada Pemuda Umno Pulau Pinang berhubung insiden ahli parti itu merempuh masuk ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Khairy yang juga akan mengkaji secara mendalam isu berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada beliau akan mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.