`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 22, 2014

UMNO Pendukung Hura Hara?



Negara kita negara koboi atau ada keluhuran dan kedaulatan undang?

Apa kena dengan pemimpin negara ini? Sejak bila dewan undangan negeri boleh diserang oleh orang awam, masuk kedalam dewan dan bikin kacau? Hanya kerana apa? Kerana perkataan celaka dugunakan? Maruah Melayu jatuh?

Jika penyokong PAS, PKR dan DAP masuk kedalam dewan undangan negeri dan bikin apa yang gerombolan penyokong UMNO lakukan di DUN Pulau Pinang bagaimana? Pasti tindakan tersebut akan mendapat tindkan reaksi yang ganas dan polis akan bertindak segera.

Saya terkejut mendengar menteri Khairy Jamaludin menyatakan dia faham mengapa tindakan itu dilakukan. Kalu dia faham, dia harus menggesa pihak polis dan pendakwa raya mengambil tindakan dibawah undang2. Tidak ada pilihan lain dan alasan lain.

Dimana pihak keselamatan? Pihak polis kena kenal pasti mereka ini dan tangkap mereka masuk lokap. Kalau mereka ini dari kalangan pemuda UMNO, tindakan undang2 yang sama juga kena diambil. Pemuda atau tidak, mereka bukan mengatasi undang2. Demokrasi akan runtuh jika anarki dibiarkan berluasa.

Maruah apa yang sangat terluka?

Apa maruah Melayu yang mahu dipertahankan? Maruah orang Melayu telah lama jatuh dan tidak terbela sejak BN memerintah Pulau Pinang. Apa GERAKAN lakukan kepada orang Melayu pulau Pinang dan apa pemimpin UMNO lakukan untuk membela orang Melayu selama itu?

Ekspresi dan langkah orang yang sangat tertekan fikiran.

Ternyata ini ekspresi dan langkah  orang yang fikiran mereka sangat tertekan mengenangkan UMNO sudah ditolak oleh masyarakat. Ini langkah orang yang tertekan fikiran  yang sedar bahawa 52% rakyat menolak mereka. Masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang tidak berundang undang jika perkara begini dibiarkan. Thugs cannot be allowed to intimidate rakyat.

Yang matang dan yang kebudakan.

Kita boleh lihat betapa besar beza nya reaksi dari orang matang politik dengan reaksi budak2 hingusan yang bernafsu besar tapi akal pendek. Bila DAP mencalunkan Dyana Daud untuk parlimen Teluk Intan- budak2 UMNO yang baru dapat jawatan bukan main lagi; ada yang mencabar Dyana sama ada dia berani mendesak agar MCA  menutup UTAR. Ada yang kata budak Melayu ini pembelot and pengkhianat dan ada yang kata dia tidak bersyukur.

Di Teluk Intan, orang Gerakan akan ketawa gelagat orang UMNO- Melayu UMNO yang lebih menghentam calun Melayu DAP dari gerakan dan MCA. Yang bertanding ialah Gerakan, tapi yang lebih menghentam calun Melayu ialah UMNO yang mendakwa mereka menjuarai keduniaan Melayu. Gerakan dan MCA duduk diam dan ikut cara undang2 manakala Melayu UMNO berkempen secara samseng. Macam inikah Melayu yang orang Melayu hendak letak masa depan mereka dan menaruh harapan menjaga agama bangsa dan tanah air?

UMNO parti tua, pemimpin nya tidak matang.

Bila anak Melayu masuk parti selain dari UMNO, reaksi orang UMNO macam orang hilang akal. UMNO parti yang sudah matang tapi bila pemimpin seperti Shahrizat, Tajudin Ramli atau MP Lenggong mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan seperti orang kurang siuman, nama baik UMNO yang sudah pun discredited itu lagi lah jadi jahanam.

UMNO menunjukkan bahawa parti Melayu itu sudah diambil alih oleh golongan desperado yang datang keTeluk INtan untuk mengecap calun DAP Dyana Daud sebagai pengkhianat, belot pada bangsa atau tidak bersyukur. Ini pilihanraya , bukan pemilihan ketua kampung atau mesyuarat JKKK.

Syukur kepada UMNO?

Mengenai syukur ini- ustaz mana yang kata kita mesti besyukur kepada manusia? Mana kita tahu dia tidak besyukur? Seperti ribuan budak Melayu, calun DAP dapat masuk UITM yang dahulunya diketahui memberi peluang kedua untuk anak Melayu belajar. UITM dibuat dengan wang pembayar cukai dan bukan duit UMNO. Orang UMNO tidak ada hak menuntut sesiapa bersyukur dengan memberitahu UMNO terlebih dahulu. Mestikah kesyukuran kita diperakui UMNO terlebih dahulu?

DEB bukan dasar untuk melahirkan clone UMNO.

DEB adalah dasar untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat. DEB bukan bertujuan melahirkan pengikut buta kepada UMNO. Kejayaan jutaan anak Melayu hasil DEB mesti diraikan. Tidak pula dimaktubkan bahawa meraikan itu bererti bersujud pada UMNO. Terima kasih lah kepada kerajaan kerana menjalankan dasar yang menjadi tanggung jawab mereka. Jangan dimarahi anak Melayu yang dijayakan oleh DEB tapi enggan tunduk kepada UMNO. Kerana itu bukan sebahagia dari matlamat DEB pun.

Bertanding di gelanggan dan tawarkan isu2.

Mari kita masuk dalam gelanggang plihanraya dan menyampaikan platform parti kita. DAP sebagai komponen Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat platform nya, UMNO dan BN lakukanlah perkara yang serupa. Terpulang kepada rakyat menilai kesungguhan dan keikhlasan kita.

Kita dedah kebobrokan UMNO.

Kita tahu dasar UMNO. Kita tahu kesan dasar nya kepada orang Melayu. Biarkan rakyat yang mengadili kebaikan dan keburukan. Jika UMNO mahu bercakap lebih mengenai peribadi, maka kita berhak melihat UMNO sebagai parti tukang carut sahaja.

UMNO bukanlah segala galanya. Bukan nya kiamat kalau UMNO tak jadi kerajaan lagi. Masa depan orang Melayu yang ada 16 juta itu bergantung kepada adanya sebuah kerajaan yang memuliakan undang2 dan melaksanakan dasar yang adil dan saksama. Mana2 kerajaan pun akan ada dasar pendidikan, dasar kewangan, dasar kemajuan ekonomi, dasar pertanian, industry dsb. Perkara2 ini semua boleh dilakukan oleh mana2 kerajaan. Bukan UMNO sahaja yang pandai melakukan nya.

Maka, sekali lagi saya bertanya- kenapa susah sangat UMNO menerima bahawa hakikat nya rakyat sudah pun menolak UMNO? Dalam PRU 2013, 52% pengundi tolak UMNO dan BN. UMNO jadi kerajaan pusat hanya atas2 sebab teknikal. Kerana itu UMNO takut berdepan dengan rakyat untuk menerangkan dasar2 mereka dan menggunakan kuasa parlimen dan kuasa undang2 untuk menekan rakyat.

Seperti di tempat lain, orang Melayu Teluk Intan disajikan dengan cerita2 seram. Mustahil orang kampung belum graduate dari percaya cerita seram, puaka dan jembalang? Inilah akibatnya suka membaca majalah mestika yang penuh cerita misteri dan seram- maka terbawa bawa mempercayai cerita seram UMNO. Cerita seram UMNO- perkauman, agama, raja Melayu.

Orang kampung jangan lupa, semasa krisis perlembagaan dahulu yang hentam raja Melayu ialah UMNO, bukan PAS, DAP dan parti pembangkang. Maka yang mengancam kedudukan raja berpelembagaan ialah UMNO itu sendiri. Baru hari ini, UMNO bermuka muka menyokong mutlak raja2 Melayu kerana mereka mahu mengudakan institusi raja melayu melawan dengan pakatan rakyat.  kita harap raja2 Melayu sedar bahawa mereka itu raja kepada seluruh rakyat, bukai raja kepada warga UMNO sahaja.

Semenjak merdeka, pendirian kita ialah kita ada institusi raja berpelembagaan. Ertinya, raja pun kena ikut undang2 dalam negara ini dan tidak boleh buat sesuka hati. 

Orang Melayu mempunyai hak untuk masuk mana2 parti politik pun yang mereka pilih. Pilihan mereka jangan dicemuh dan mereka jangan dibenci. Berbuih sumpah seranah dan maki hamun yang UMNO lemparkan, orang Melayu yang masuk DAP, PKR dan PAS tetap juga Melayu dan agama mereka Islam. Demikian juga, orang UMNO yang memilih untuk kekal dalam UMNO-silakan kerana itu hak mereka. Kita tidak ada masaalah mengenai nya.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.