`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 9, 2016

ANTARA PUTARBELIT MAMAK MAHATHIR & SANDIWARA BUGIS YANG MENGHAKISKAN KEYAKINAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mestilah beterus terang kepada rakyat tentang keadaan ekonomi sekarang supaya rakyat bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih buruk.
Apapun cerita-cerita besar Najib tentang kesihatan ekonomi tetapi ahli perniagaan, golongan profesional dalam beberapa sektor terutama dalam bidang petroleum, mahasiswa dan mereka yang bergantung kepada peluang-peluang perniagaan dan pembayaran dari kerajaan amat merasakan keadaan sebenar yang menggigit mereka.
Dalam menghadapi keadaan ini, apapun dikatakan orang tentang GST tetapi saya melihatnya sebagai suatu kewajaran terhadap peniaga-peniaga yang selama ini mengelak cukai dari kerajaan dan menjadi penyelamat kepada ketenatan ekonomi sekarang.
Walaupun keadaan ekonomi kini tidak seburuk 1997 tetapi masalahnya ialah kepimpinan negara tidak pernah menghadapi kehilangan deposit keyakinan rakyat atau deficiency of trust seperti yang dialami oleh Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib) dibandingkan dengan lima perdana menteri sebelum ini.
Semuanya berpunca kepada ketidak matangan dan ketidak bijaksanaan serta kegelojohan dalam menguruskan propaganda dan informasi dari slogan “I Love You” sampai kepada PM bercakap bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.
Memburukkan lagi kredebiliti kenyataan ini adalah oleh kerana didahului oleh komen mengenainya oleh Raja Petra bloger kontroversi sehingga rakyat dapat merasakan Najib terpaksa bergantung kepada apa sahaja dalam keadaan lemas.
Pengurusan informasi di bawah Era Najib dirasakan oleh rakyat sebagai permainan silap mata atau penjual ubat di pekan sehari. Tidak pernah sebelum ini seorang setiausaha akhbar PM membuat kenyataan politik bagi pihak Perdana Menteri tetapi ini berlaku di era Najib.
Hakisan kredebiliti Najib bermula dengan hasratnya untuk mempamerkan kepada dunia dan rakyat negara ini liberalisma, demokrasinya yang lebih baik dari Perdana-Perdana Menteri dahulu. Ia mulanya dirintis oleh Abdullah Badawi untuk menunjukkan Mahathir adalah authoritarian atau diktator atas nasihat menantunya Khairy Jamaluddin.
Untuk menunjukkan lebih progresif, lebih liberal demokratik dari Pak Lah, Najib menghapuskan ISA untuk menang pilihanraya tetapi belum sempat rakyat menikmatinya, Najib telah memperkenalkan NSA(National Security Act) yang lebih menggerunkan rakyat kerana Najib dapat merasakan penghapusan ISA lebih mengancam bangsa dan negara.
Di bawah demokrasi NSA, rakyat dapat melihat baju merah bebas untuk memukul dan mengancam baju kuning.
Bila sahaja ISA dihapuskan Najib menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan (National Unity Consultative Council) untuk menyediakan blueprint bagi mempromokan perpaduan rakyat tetapi majlis itu sekarang seolah-olah mati tak berkubur kerana suara bebas dari majlis ini boleh mengkuburkan kerajaan kerana pemilihan anggota dari orang-orang yang liberal.
Berikutan dengan kegagalan ini “Luncai-Luncai” yang terus tidak dapat merasakan akibatnya, telah meminta pula akhbar The Star menginisiatifkan gerakan G25 yang menunjulkan “Orang Putih Celup” untuk menjual liberalisme kehidupan Barat kepada rakyat Malaysia dan untuk menunjukkan kerajaan BN adalah liberal dan demokratik.
Dalam masa yang sama berbagai provokasi di jalankan oleh akhbar Star terhadap orang Melayu dan Islam dengan menonjolkan ketakutan dan kejijikan Melayu kepada anjing walaupun ini telah diterima sebagai budaya hidup bersama di negara ini. Beberapa orang Melayu yang sanggup jadi barua dalam soal ini telah digunakan.
Akhrinya G25 ini hilang dan Jaguh utama mereka Datuk Wong Chun Wai CEO Star terpaksa sepi membisu sebab terlihat oleh Najib gerakan ini memakan diri.
Sementara itu Global Movement of Moderation yang di pengerusikan oleh Tan Sri Razali Ismail yang juga WOG(Western Oriented Gentelman) yang menampakkan pemikiran-pemikiran yang tidak berjijak kepada kesederhanaan negara ini segera diimbangi dengan CEO yang berasal dari PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Terakhir sekali yang menggemparkan rakyat, Najib telah bercakap bagi pihak Seri Paduka Yang Dipertuan Agung dalam hal yang berbau politik berikutan dengan pertemuan Mahathir dengan baginda kerana jika PM mendiamkan diri maka mungkin orang ramai akan menyangka Seri Paduka bersetuju dengan Mahathir.
Tetapi masalahnya sebelum itu Raja Petra seorang blogger yang kredebilitinya telah noted dikalangan ramai lebih dahulu mendedahkan pertemuan Mahathir- Seri Paduka dan isu yang mereka bincangkan. Raja Petra pernah disiasat oleh polis dan pernah menimbulkan masalah kepada Najib dan pemimpin UMNO pernah meminta supaya dia dibuang negeri.
Kenapa Datuk Seri Najib tidak mendahului Raja Petra. Tidakkah PM mendahuli orang lain dalam mendapat maklumat? Dalam hal ini Raja Petra mendahului Najib.
Satu persatu yang saya sebutkan itu adalah siri hakisan keyakinan rakyat kepada Datuk Seri Najib yang sukar untuk dipulehkan.
Walaupun mamak Mahathir juga melakukan berbagai putar belit politik tetapi beliau lebih banyak menanam dan menyuburkan keyakinan diri dikalangan generasi baru, rakyat dapat merasakan kebesarannya,berbangga dan bermaruah dibawah pimpinannya, rakyat percaya Malaysia Boleh tetapi apa yang dilakukan oleh Najib menghakiskan satu demi satu keyakinan yang telah dibina di kalangan rakyat dari sejak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan hingga kepada Tun Mahathir.
– http://zamkata.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.