`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Thursday, October 27, 2016

Gambar Najib diturunkan selepas dicemuh dalam Ekspo Dunia di Milan

GAMBAR Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak terpaksa diturunkan dan disimpan di tempat lain selepas dicemuh oleh orang ramai dalam satu Ekspo Dunia di Milan, Itali.

Perkara itu didedahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah rakaman video. Menurut beliau, gambar Najib pada asalnya ada diletakkan di dalam pameran tersebut di bahagian hadapan. 

Namun ia terpaksa diturunkan dan disimpan selepas orang ramai yang melihat gambar Najib mendakwa mengenali orang dalam gambar itu sebagai pelaku rasuah.



"Apa yang berlaku sewaktu pameran itu, ramai pengunjung datang melawat, dan selepas itu dia (mereka) melihat gambar itu (gambar Najib) dan berhenti di depan gambar."

"Bukan seorang, ramai, mungkin dalam bahasa mereka sendiri tetapi apa yang didengar oleh isteri kepada pegawai ialah ha I think I know this man, (saya rasa saya kenal orang ini),"

"Dia kata dia kenal, terkenal bukan kerana cerita baik tapi cerita soal rasuah yang telah dilakukan oleh Najib Razak. Apa jadi selepas itu, kerana ramai yang menyebut begitu maka terpaksa menurunkan gambar itu dan disimpan di tempat yang lain," kata Muhyiddin.

Muhyiddin sebelum itu mengesahkan cerita ini sebagai sahih, diberitahu kepada beliau oleh isteri seorang pegawai di Kementerian Pelancongan.

Muhyiddin menyifatkan kejadian cemuhan kepada Perdana Menteri Malaysia itu sebagai sesuatu yang amat memalukan dan mempunyai implikasi yang cukup besar kepada Malaysia.

Pada pendapat aku, ini menunjukkan bahawa kisah kleptokrasi, skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang dilapor seluruh dunia telah menyebabkan nama dan wajah Najib Razak jauh lebih dikenali di mata dunia berbanding nama Malaysia itu sendiri.

Berikut video ucapan Muhyiddin yang menceritakan kisah tersebut, sila klik untuk menonton.



-milosuam

No comments:

Post a Comment