`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 10, 2016

SKANDAL SABAH : BOSS BOLEH DELEGATE KERJA TETAPI BOSS TIDAK BOLEH DELEGATE RESPONSIBILITY

Sopian Ahmad kata:
“Friday, October 7, 2016
Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menolak dakwaan menyatakan pegawai kanan di Jabatan Air Sabah yang ditahan dalam kes rasuah terbesar di negara ini adalah bendahari Umno bahagian Kimanis.”
Saya kata:
Bab kes pegawai songlap duit beratus juta ini, ada kaitan atau tidak dengan umno itu biarlah mereka uruskan. satu segi yg penting juga ialah Jabtan Perkhidmatan awam itu sendiri.
Apa terjadi dengan Perkhidmatan Awam? Kalau 60% wang yg diperuntukkan untuk suatu projek besar berharga berbiliun ringgit, telah disonglap oleh penjawat Awam, dalam sekian lama, apakah procedure yg termaktub dan mengapakah procedures itu TIDAK dilaksanakan? Siapakah pegawai pengawal kedua dua pegawai tersebut?
Dalam Perkhidmatan Awam boss boleh delegate kerja. Tetapi boss tidak boleh delegate RESPONSIBILITY atau tanggungjawab. Maknanya dia tetap bertanggungjawab walaupun dia tidak mengambil wang tersebut.
Jadi siapakah boss kedua dua pegawai tersebut. Mengapa boss itu tidak memantau kerja pegawainya? kalau wang sudah dikeluarkan Boss tidak pergi lihat kah sejauhmana projek sudah disiapkan?
Kalau Perkhidmatan hendak jadi berkesan dan dihormati oleh rakyat, boss itu juga kena ditangkap kerana cuai dalam tugasnya. Dia kena dihukum juga!
Sekarang apakah yang hendak dibuat oleh Ketua Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Negara atau KSN?
– http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.