`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 29, 2017

Melayu akan hilang, amaran Dr M

Bekas perdana menteri itu berkata, bangsa Melayu akan gagal dan hilang di muka bumi kerana mereka sudah hilang semangat kebangsaan.
MahathirPETALING JAYA: Kata-kata “Tak Melayu hilang di dunia” tidak mencerminkan nasib Melayu di zaman ini, kalau dilihat dari kaca mata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apakah buku sejarah di zaman akan datang akan tertulis di dalamnya, ‘Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu’,” tulisnya dalam catatan blog terkini.
Pengerusi PPBM itu berkata, bangsa Melayu akan gagal dan hilang di muka bumi kerana mereka sudah hilang semangat kebangsaan.
“Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu, tua dan muda.
“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali dari menghadapi sedikit risiko.”
Beliau membandingkan orang Melayu zaman ini dengan zamannya yang sanggup mengorbankan wang dan kehidupan sendiri demi memperjuangkan kebebasan negara serta menebus maruah bangsa tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara. Semangat kebangsaan dicemuh sebagai perkauman – racist. Kita malu jika bersemangat Melayu.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.