`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 29, 2017

Pengerusi Yayasan 1Malaysia mahu SPRM buka semula kes 1MDB

Usaha membanteras rasuah lebih boleh dipercayai orang ramai sekiranya tindakan diambil dalam isu 1MDB.
chandra-macc-3

PETALING JAYA: Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar berkata kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah patut dipuji tetapi berkata ia akan lebih bermakna sekiranya siasatannya terhadap skandal 1MDB dibuka semula.
“Sekiranya usaha SPRM benar-benar mahu memberi makna terhadap usahanya membanteras rasuah, ia perlu membuka semula kes 1MDB. Ia perlu menyiasat bukti yang timbul di luar negara kita. Di mana perlu, ia perlu mengesyorkan peguam negara untuk melakukan pendakwaan,” kata Chandra dalam penulisannya.
Yayasan 1Malaysia merupakan initiatif yang dilancarkan beberapa minggu selepas Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009.
Antara matlamatnya ialah menggalakkan masyarakat Malaysia pelbagai kaum bersatu padu dan mengamati gagasan 1Malaysia yang pertama kali dibawa Najib.
Pentadbiran Najib sebelum ini terpalit dalam skandal 1MDB, termasuk dakwaan beliau menerima berbilion ringgit daripada entiti berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan itu. Dakwaan itu dinafikan Najib.
Awal tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan berkait wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadinya, dan mengetepikan siasatan berhubung 1MDB.
Chandra menyifatkan dakwaan melibatkan 1MDB sebagai contoh paling ketara mengenai kehilangan kejujuran dan integriti di kalangan elit.
“Walau apa pun percubaan menutup dan menyamari sesuatu yang sememangnya kleptokrasi, sebahagian rakyat Malaysia sedar daripada hasil penyiasatan dan keputusan mahkamah di negara lain bahawa wujud beberapa individu yang menjual maruah mereka,” katanya, menggunakan istilah “kleptokrasi” yang digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang tahun lalu mendedahkan berlaku kecurian aset 1MDB di negara itu.
“Hanya sekiranya ada tindakan jujur terhadap 1MDB, orang ramai akan percaya akan keikhlasan pihak berkuasa di Malaysia menghapuskan rasuah,” tambahnya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.