`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 3, 2017

Timbalan menteri: Mansuh cukai katil dulu sebelum cukai pelancongan

Timbalan menteri pelancongan berkata hasrat PH bermotifkan politik.
Mas-Ermieyati-Samsudin-cukai-hotelPETALING JAYA: Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu memansuhkan cukai katil yang dikenakan ke atas pelancong yang menginap di negeri itu, sebelum berhasrat memansuhkan cukai pelancongan.
Timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan Pulau Pinang berkata demikian mengulas cadangan Pakatan Harapan memansuhkan cukai kontroversi itu sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.
“Mereka mahu menghapuskan cukai pelancongan tapi pada masa yang sama di Pulau Pinang, kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng mengenakan cukai katil kepada pelancong di negeri berkenaan.
“Kenapa mereka tidak membatalkan saja cukai katil di Pulau Pinang itu, sebaliknya menabur janji baharu pula untuk memansuhkan cukai pelancongan negara,” katanya lapor Berita Harian.
Kerajaan Pulau Pinang melaksanakan cukai katil pada 1 Jun 2014 di mana hasil kutipan akan digunakan untuk pembangunan dan promosi pelancongan di negeri itu.
Cukai yang dipanggil sebagai “Yuran Kerajaan Tempatan” mengenakan bayaran RM3 setiap bilik bagi penginapan semalaman untuk hotel 4 dan 5 bintang, RM2 untuk hotel 3 bintang dan ke bawah termasuk doom, hotel bajet, asrama dan rumah tumpangan.
Pengendali hotel yang mengutip yuran tersebut menyerahkannya kepada pihak berkuasa tempatan pada akhir setiap 2 bulan. Ia akan disalurkan ke akaun amanah khas di bawah kawalan jabatan kewangan negeri.
Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata cadangan memansuhkan cukai pelancongan serta langkah pengukuhan industri pelancongan akan dibawa ke mesyuarat majlis presiden PH akan datang.
“Ia termasuk menggubal akta baharu yang adil kepada industri pelancongan dan orang ramai, tetapi saksama dan telus di dalam pengagihan dana yang dikutip kepada negeri-negeri,” katanya.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata hasrat PH bermotifkan politik demi meraih sokongan rakyat.
Beliau berkata, beberapa negara maju juga sudah melaksanakan cukai pelancongan bagi memajukan lagi sektor itu.
“Kerajaan lakukan cukai itu untuk membangunkan industri pelancongan itu sendiri demi kebaikan semua pihak,” katanya.
Pada Mac, kerajaan Terengganu dilaporkan bercadang memperkenalkan cukai katil tersendiri, lapor Kosmo. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.