`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 10, 2021

Kanak-kanak 2 tahun lemas jatuh dari rumah atas air

 

Kanak-kanak lelaki itu dipercayai lemas selepas terjatuh dari anjung rumahnya di perkampungan atas air Pulau Bai Sandakan, tengah hari semalam. (Gambar APMM)

SANDAKAN: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun ditemukan awal pagi tadi dipercayai lemas selepas terjatuh dari anjung rumahnya di perkampungan atas air Pulau Bai dekat sini tengah hari semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan, Zainudin Mohd Zuki berkata mayat Mohamad Fairul Iman Fairus, ditemukan terapung oleh penduduk kampung sekitar 6.30 pagi tadi, satu batu nautika utara Pulau Bai dan dihantar ke rumah keluarga untuk pengesahan.

“Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 6 petang semalam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

“Operasi tersebut dipecahkan kepada lima sektor meliputi keluasan 27 batu nautika persegi dengan penglibatan lima aset laut terdiri daripada APMM, polis, tentera laut, bomba dan penyelamat, dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainudin berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Pejabat Pos Sandakan bersama bapanya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Mohd Rosli Abdullah, mewakili pihak APMM melahirkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi serta komuniti nelayan yang terlibat sepanjang operasi SAR itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.