`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 19, 2021

Kes harian di Sabah kekal tinggi hingga saringan besar-besaran selesai

 

Saringan besar-besaran akan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, termasuk di lokaliti yang mempunyai kluster serta kontak rapat. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, jumlah kes harian Covid-19 di negeri itu akan kekal tinggi sehingga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) selesai menjalani saringan besar-besaran.

Katanya, saringan besar-besaran itu termasuk di lokaliti yang mempunyai kluster serta kontak rapat.

“Sehingga saringan besar-besaran oleh JKNS selesai di lokaliti kluster dan kontak rapat, jumlah kes harian di Sabah dijangka kekal tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Masidi dalam kenyataan berkata, 651 kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan 75,796 kes di Sabah setakat ini.

Ini juga hari ketiga berturut-turut Sabah mencatatkan jangkitan harian melebihi 600 kes.

Katanya, dua kematian turut direkodkan di Kota Kinabalu dan Sipitang, manakala 231 pesakit sembuh, menjadikan jumlah kumulatif 71,463 orang.

“Seramai 3,322 pesakit sedang menerima rawatan, iaitu 467 orang di hospital, 1,953 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), manakala 902 orang di pusat tahanan sementara atau penjara.

“Bilangan pesakit dalam unit rawatan rapi pula ialah 57 orang dan 12 lagi memerlukan bantuan pernafasan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.